Thursday 4 May 2017

P.Ramlee Terima Anugerah Yang Tidak Pernah Wujud Di Dunia


Dari Tokyo, P.Ramlee telefon Saloma dan memaklumkan bahawa beliau telah tertangguh 1 hari (flight delay) untuk pulang ke Singapura. P.Ramlee menerangkan kepada Saloma bahawa beliau mendapat anugerah yang belum ada dalam dunia seni iaitu pelakon serba boleh, dimana P.Ramlee lah yang merupakan pelakon dan pengarah pertama yang dianugerahkan anugerah “THE MOST VERSATILE TALENT”.

Manakala bagi filem ANTARA DUA DARJAT pula, P.Ramlee terpaksa bertanding dengan Toshiro Mifune dari Jepun sebagai pelakon terbaik, kata P.Ramlee, beliau kalah satu mata kerana pihak Indonesia tidak memberi sebarang markah kepadanya. Jika pihak Indonesia memberi 2 mata, P.Ramlee akan menerima anugerah sebagai pelakon lelaki terbaik untuk kali kedua, oleh itu anugerah pelakon lelaki terbaik telah dimenangi oleh Toshiro Mifune, rakan dan pelakon yang diminati oleh P.Ramlee dari Jepun.

NILAI SEBUAH SAHABAT SEJATI

Kepulangan P.Ramlee dari Jepun ke Singapura pada ketika itu adalah membawa anugerah tertinggi bagi orang seni didunia iaitu “THE MOST VERSATILE TALENT” yang merupakan anugerah yang belum pernah digondol oleh mana-mana pelakon dalam dunia. Di lapangan terbang, tidak ramai yang menyambut kepulangan P.Ramlee, antara yang hadir pada masa itu ialah Mr Kwek, Jaafar Abdullah, Ahmad Zakaria dan yang mengalungkan bunga kepada P.Ramlee ialah Saloma & Ramli Ismail. Pada sebelah malam, NORDIN AHMAD datang ke rumah P.Ramlee di No. 28 Cedar Avenue sambil mengucapkan tahniah kepada beliau. Nordin Ahmad bertanya kepada P.Ramlee tentang bagaimana anugerah seperti itu boleh diadakan (THE MOST VERSATILE TALENT)???

P.Ramlee berkata menurut kata juri hakim, tiada anugerah yang sepadan dengan kemampuanku dalam filem IBU MERTUA KU, kerana dalam filem itu aku terlibat sebagai pelakon drama dan muzik, lagu dalam filem itu aku juga yang tulis, bagi nyanyiannya aku sendiri yang menyanyi dalam filem itu, dan aku mengarah filem itu, jadi semua juri berbincang apa anugerah yang patut aku dapat? Juri sebulat suara mengatakan aku adalah seniman serba boleh dan dalam filem ANTARA DUA DARJAT kalau Indonesia beri 2 mata, aku akan dapat anugerah sebagai pelakon lelaki terbaik.

Pihak Shaw Brothers mahu P.Ramlee pergi ke Hong Kong untuk membuat filem Melayu disana. Oleh kerana beliau tidak gemar sikap pekerjanya yang ikut kata-kata pihak Union, Shaw telah serah sebuah skrip yang ditulis oleh Run Run Shaw kepada P.Ramlee untuk membuat filem pertama di Hong Kong. Skrip itu berjudul “SENIWATI” dan pihak Shaw menyuruh P.Ramlee mencari sekurang-kurangnya tiga lagi cerita untuk dijadikan filem Melayu di Hong Kong. Pelakon yang akan P.Ramlee bawa bersama ke Hong Kong untuk filem pertama berjudul “SENIWATI” itu ialah SARIMAH, UDA OMAR, AHMAD NISFU serta beberapa orang lagi pelakon dari studio Jalan Ampas.

Apabila pihak Union mendapat tahu perkara ini, semua pelakon dibawah naungan Union tidak dibenarkan mengikut P.Ramlee ke Hong Kong. Sementara menantikan untuk ke Hong Kong, P.Ramlee mengarah satu lagi filem di studio Jalan Ampas iaitu filem TIGA ABDUL yang menggunakan 2 pelakon yang menjadi tulang belakang Union. P.Ramlee juga turut berlakon dalam filem TIGA ABDUL itu dan merupakan filem terakhir arahan P.Ramlee di Singapura sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur

Sumber: The Patriots


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pbrJPI
via IFTTT