Selepas 12 minggu bersiaran, program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 melabuhkan tirainya dengan menyaksikan kumpulan Bocey dinobatkan sebagai juara.
Kemenangan Bocey juga telah mencipta sejarah dalam MLM kerana buat pertama kalinya peserta program realiti tersebut, bergelar juara dua tahun berturut-turut.
Selain mencipta sejarah tersendiri, ada beberapa lagi perkara menarik berlaku sepanjang pentas akhir MLM 2017 berlangsung semalam (Jumaat) yang penonton tidak tahu.
1. Abam Bocey hilang 'mood' selepas mikrofon mereka tidak berbunyi ketika persembahan pembukaan.
2. Dzawin mengetuai bacaan doa di bilik solekan sebelum tirai MLM 2017 dibuka.
3. Ramai yang tidak perasan Achey Bocey mengalami kecederaan lutut ketika sedang melakukan persembahan pertama mereka.
4. Kumpulan Shiro bawa dua bas penyokong dari Kluang, termasuk Ketua Kampung Shahrol.
5. Selain itu, kumpulan Tenggara Familia yang juga penyokong Shiro hadir bersama dram semata-mata untuk memberi semangat kepada Shiro.
6. Dewan Wawasan, Jitra, Kedah havoc dengan paluan gendang Bridget Lawak dan Tenggara Familia.
7. Anak sulung Shahrol turut hadir memberikan sokongan kepada bapanya dan sempat bergambar dengan semua juri MLM 2017. Bertuahnya Adam!
8. Laluan masuk ke Dewan Wawasan sesak kerana kereta yang diparkir di bahu jalan dan keadaan hujan lebat menambahkan lagi kesesakan.
9. Datuk Aznil membuat standing ovation selepas persembahan pertama kumpulan Shiro.
10. Pada saat akhir, penjualan tiket ditambah 100 keping lagi.
Markah keseluruhan peserta di pentas akhir MLM 2017:
Bocey: 70.40
Shiro: 66.98
Dzawin: 64.71
Zero: 64.28
Puteh: 55.63
MLM 2017 bersiaran secara langsung di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah pada pukul 10 malam dan disiarkan secara ekslusif di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 135).
Sumber: Astrogempak
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qLlROi
via IFTTT