Saturday, 6 May 2017

Inikah Pintu Gerbang Ke Neraka Yang Ditemui Di Turki??


Sekiranya di China terdapat gerbang menuju ke syurga, di Turki pun ada pintu gerbang yang boleh membawa anda terus ke neraka. Penyelidik Itali mengumumkan bahawa sebuah gerbang ke neraka telah terbuka dari runtuhan di sebelah Barat Daya Turki. 

Gerbang yang disebut Pluto Gate ini ditemui pada halaman terdahulu di bandar Phrygian, Hierapolis yang kini disebut Pamukkale.

“Pluto” berasal dari Plutonion dalam bahasa Yunani atau Plutonium dalam bahasa Latin. Pluto melambangkan gerbang menuju dunia bawah dalam tradisi dan mitos Greco-Roman.


“Bilik ini penuh dengan wap berkabut yang padat hingga menghalang pandangan. Semua haiwan yang melewati wap itu akan terus mati. Aku melemparkan burung pipit ke dalamnya, dan burung itu terus mati dan jatuh,” tulis seorang ahli geografi Yunani Strabo.

Penemuan gerbang neraka ini dilakukan oleh ahli arkeologi Itali di Istanbul Turki, iaitu pasukan yang dipimpin oleh Fransesco D’Andria profesor arkeologi klasik dari University of Salento.


“Kami mencari Plutonium setelah membina laluan ke sebuah sumber air. Ternyata mata air Pamukkale yang mengeluarkan wap putih berasal dari gua ini,” ungkap D’Andria,

Di dalam gua tersebut penyelidik juga mendapati sisa-sisa kuil, kolam renang, siri prasasti yang dikhaskan untuk para dewa, Pluto dan Kore. Konon orang-orang hanya dibenarkan menonton ritual suci dari jauh kerana hanya para ketua keagamaan yang dibenarkan berdiri di depan portal sumber.





Beberapa ritual yang dilakukan dalam gua ini adalah dengan membawa haiwan masuk dalam keadaan hidup, kemudian dikeluarkan mereka dalam keadaan mati. Asap dalam gua tersebut memang sangat mematikan, sehingga jika terlalu dekat, karbondioksida akan membunuh semua makhluk hidup.

Dulu dipercayai bahawa hanya para kasim Cybele, dewi kesuburan kuno, yang mampu memasuki gerbang neraka tanpa mengalami luka atau mati. Mereka menahan nafas selama mungkin. Selain boleh menyebabkan kematian, wap yang muncul dari gua ini boleh menyebabkan halusinasi dalam skala kecil.

“Ini adalah penemuan yang luar biasa kerana menegaskan dan menjelaskan maklumat yang kita dapatkan dari sumber sastera sejarah kuno,” jelas Alister Filippini, penyelidik sejarah Romawi di Universities of Palermo, Itali.

Bagaimana, anda berani untuk melawat gerbang neraka di Turki ini?


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pgtKJv
via IFTTT