Tuesday, 2 May 2017

Hasrat Membeli Motorsikal Tak Dilayan Oleh Jurujual Kerana Pakaian LUSUH. Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Buat Jurujual TERDIAM !!!

Sejak kecil kita dididik oleh ibu bapa dan para guru supaya tidak memandang rendah dan menilai seseorang itu dari luarannya semata-mata. Namun, perkara ini sudah biasa terjadi jika kita masuk ke dalam kedai yang berjenama dan mahal. Dari penampilan kita akan menentukan samada kita akan dilayan ataupun tidak.


Pepatah menyebutkan “jangan menilai buku hanya daripada kulitnya” semestinya kita membaca dulu isinya. itulah yang terjadi kepada seorang lelaki warga emas di Thailand yang pastinya memberikan pengajaran kepada jurujual yang telah gagal membaca isi poket lelaki ini.

Menurut lobak merah.com Lelaki itu telah pergi ke beberapa pengedar motosikal namun tidak dilayan kerana memakai t-shirt labuh yang lusuh, seluar berwarna kelabu yang agak kotor serta berselipar. Rupanya yang seperti tidak terurus itu membuatkan jurujual menganggap bahawa lelaki itu tidak mampu untuk membeli motorsikal berkuasa tinggi.




Selepas meninjau dari satu kedai ke kedai yang lain, lelaki tersebut akhirnya dilayan dengan baik oleh jurujual di sebuah kedai motorsikal. Dalam masa 10 minit sahaja, dia membuat pilihan motorsikal yang mahu dibelinya.

Saya mahu beli yang itu!” katanya.

Sebaik memberitahu jurujual, dia terus menyeluk tangannya ke dalam poket seluar sebelum mengeluarkan wang tunai sebanyak 600,000 Baht (RM75,147) dan terus membayar motorsikal jenama Harley Davidson itu.

Kisah tersebut menjadi viral selepas kakak sulungnya memuat naik status dan gambarnya di media sosial. Lelaki itu bernama Lung Decha, seorang mekanik yang bekerja keras dan kini separa bersara.

Dia tidak merokok, dia tidak minum (arak) atau berjudi,” katanya melalui status itu.

Menurutnya lagi, abangnya itu bukanlah seorang yang kaya tetapi sudah memasang impian untuk memiliki motorsikal tersebut. Jadi, kini dia sudah boleh enjoy selepas mengumpul wang bertahun lamanya.

Sikap pakcik ini menabung demi mendapatkan keinginannya memang patut dicontohi.

Sumber: http://amanzingnara.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2p1sPMR
via IFTTT