1. Biasanya hon di Sarawak dibunyikan untuk mengisyaratkan pemergian kita selepas melawat rakan atau biasanya di sebut hon untuk persahabatan.
2. Hon juga dibunyikan bila kereta cuba memotong kenderaan besar seperti lori. Malah selepas diberi ruang memotong lori akan membalas dengan hon seolah komunikasi ucapan terima kasih dan jawaban sama sama berlaku.
Lagi satu jika ada haiwan berhampiran yang cuba melintas maka hon dibunyikan.
3. Meski sesak mana pun keadaan trafik, pemandu Sarawak gigih menempuh dengan sabar tanpa membunyikan hon. Walaupun waktu itu lampu isyarat rosak.
4. Membunyikan hon lebih dilihat sebagai satu yang bersifat mendesak bukan menegur. Kerana itu pemandu di Sarawak tidak suka di hon sesuka hati kerana merasakan ia satu pembulian jalanraya.
5. Jika kereta dihadapan leka atau layap dipersimpangan lampu isyarat maka kereta belakang akan membunyikan hon yang pendek untuk menyedar pemandu hadapan supaya bergerak jika lampu sudah hijau.
Begitu juga kalau kereta terlalu perlahan dilorong kiri ketika melalui jalan 2 lorong 2 hala seperti Serian ke Kuching.
6. Dihadapan rumah rumah ibadah tidak pernah ada kereta yang membunyikan hon walaupun berlaku kesesakan atau terperangkap.
Sifat hormat menghormati antara penganut agama menyebabkan kita mendahului rasa sabar dan menyimpan emosi.
7. Sebab itu jika memandu di Sarawak kita jarang mendengar hon berpanjangan. Ini menunjukkan bahawa orang Sarawak mempunyai sifat sabar yang tinggi.
Walaupun banyak acara keagamaan yang kadang kala membuat jalan menjadi sempit kereta mungkin terhalang namun boleh diselesaikan dengan kesabaran. Baik sewaktu solat jumaat, misa di gereja pada hari ahad, all soul day, upacara mengingati roh di perkuburan cina yang melibatkan kesesakan dapat diatasi dengan kesabaran dan sifat faham memahami.
Tambahan pula penggunaan tenaga sukarelawan RELA dari pelbagai kaum membantu melancarkan kesesakan.
Semoga rakyat Sarawak kekal dinamik dalam sikap bertoleransi. HON di Sarawak adalah satu kejanggalan.
Demikianlah kisah hon dan Sarawak.
Sumber: cikguemmet
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qOdAJs
via IFTTT