Tuesday, 2 May 2017

Bayi 3 Bulan Meninggal Dunia Akibat Tersedak Susu Ketika Dalam Jagaan Pengasuh


KUALA KRAI, KELANTAN - Seorang bayi berusia 104 hari dilaporkan meninggal dunia akibat tersedak susu ketika berada di bawah jagaan pengasuhnya pada 27 April lalu.

Wan Muhammad Adam Aryan bin Wan Mohamad Azizie, meninggal dunia akibat tersedak susu dan keadaan mangsa itu hanya disedari oleh bapanya yang datang menjemput mangsa pada jam 6 petang. 

Berikut kronologi pada hari kejadian, 27 April 2017 yang disahkan sendiri oleh ibu mangsa, Nurul Izzah Ayuni: 

Adam dihantar ke rumah pengasuh pada jam 12 tengah hari. Lebih kurang pada jam 3 petang, Nurul Izzah Ayuni menghubungi pengasuh bertanyakan dentang Adam. Pengasuh jawab, Adam menangis lalu Nurul Izzah Ayuni meminta pengasuh hantar gambar Adam. Bagaimanapun, pengasuh hanya mendiamkan diri. 

Jam 6 petang, bapanya, Wan Mohamad Azizie, telah datang ke rumah pengasuh untuk menjemput Adam. Muka pengasuh agak terkejut melihat kedatangan bapa Adam kerana kebiasaannya jika Adam dihantar pada jam 12 tengah hari, mereka akan jemput Adam pada jam 9 malam. 

Pengasuh kata nak siapkan Adam. Setelah 45 minit kemudian, barulah pengasuh muncul bawa Adam dan serahkan kepada bapanya. Namun bapanya mendapati Adam sudah biru, kaku dan tidak bernyawa. 

Pengasuh dengan selambanya berkata, "Adam tersedak susu. Tu teksi dah ada, bawalah ke hospital," 

Mudahnya pengasuh berkata demikian. Pengasuh langsung tidak menghubungi ambulans mahupun menghubungi ibu bapa Adam untuk memaklumkan kejadian itu. 

Setelah dibawa ke hospital, doktor menjangka Adam sudah meninggal dunia sejak jam 5 petang. Entah apa yang terjadi jika bapanya datang menjemput Adam pada jam 9 malam. 

Dalam keterangan pengasuh pada pihak polis mengatakan, pengasuh ada buat bantuan pernafasan (CPR) kepada Adam. 


Walau bagaimanapun, timbul persoalan apakah CPR yang dibuat oleh pengasuh itu adalah satu tindakan yang betul bagi menyelamatkan bayi tersedak susu dan adakah pengasuh berkenaan mempunyai kelayakan untuk melakukan CPR? 

Ibu bapa mangsa redha dengan ketentuanNya, namun tetap mahu menuntut keadilan untuk anak mereka agar tiada lagi ibu bapa yang meneirma nasib yang sama seperti mereka. 

Justeru, ibu bapa mangsa memohon dari mana-mana pihak yang mempunyai pengalaman seperti kes ini untuk tampil membantu membawa kes ini ke muka pengadilan.

Jenazah Wan Muhammad Adam Aryan telah selamat dikebumikan pada tengah hari 28 April lalu. 

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oWkXBh
via IFTTT