Friday, 5 May 2017

"Awak Tolong Kahwin Dengan Saya, Kita Kahwin Rahsia", Luahan Pilu Seorang Isteri Terbaca Mesej Di Handphone Suami...


Sepatutnya seorang wanita akan lebih memahami perasaan kaumnya sendiri, namun lain pula yang terjadi kepada seorang wanita malang ini.

Cubalah memahami perasaan sesama kaum sendiri, hukum karma itu pasti akan berpatah balik kepada kita andai kata kita menyakiti insan lain satu hari nanti pasti ianya terjadi semula pada kita dan kalau tak kena pada kita balik pun nanti mana tahu ahli keluarga kita sendiri yang terkena balik.

Ikuti kisah seorang janda yang mempunyai dua orang anak yang baru sahaja ingin memulakan hidup baru, berkahwin dengan seorang duda pada beberapa bulan yang lalu dan rumah tangga mereka amat bahagia.

Namun sejak seminggu yang lalu seorang kawan lama suami saya yang telah beberapa lama terpisah bertemu kembali melalui laman media sosial facebook, kawan lamanya itu merupakan seorang janda beranak satu dan bermula dari pertemuan tersebut mereka selalu berchating melalui whatsapp.

Suami saya sampai tak tidur malam melayan janda itu, mereka berchating sampai pukul 4 pagi tapi bila saya tanya mulalah suami saya itu akan backup perempuan itu cakap itu cuma kawan lamanya sahaja, sampaikan kami bergaduh sebab perempuan tersebut, sekarang ini hidup kami dah tak sebahagia seperti dulu.

Pada suatu malam selepas habis sahaja dia orang chating terus saya bangun untuk baca whatsapp suami saya bersama janda tersebut, Ya Allah alangkah terkejutnya saya yang perempuan itu mengajak suami saya berjumpa dan dia berkata lagi "nasib baik awak laki orang kalau tak dah lama saya rangkul, saya dah tak tahan saya selalu main sorang-sorang, saya perlukan teman".

"Ya Allah, sungguh gersang engkau ye perempuan dan saya tengok berlambak perempuan itu send gambar bogel dekat telefon suami saya pada hal dia tahu yang dia mesej itu suami orang, semalam pula pagi-pagi dah mesej suami saya, "awak tolong kahwin dengan saya, kita kahwin rahsia, lepas ini awak delete mesej ini tahu," dia tak tahu saya yang baca mesej itu kerana suami saya tengah mandi.

Alangkah terkejutnya saya, masa itu badan saya dah menggeletar dan saya rasa seperti kaki ini tidak berpijak di bumi, rasa nak marah rasa sedih semua ada, air mata saya mengalir tanpa saya sedar.

Kita orang baru nak mengecapi hari-hari bahagia tapi datang pula si perampas ini, sakitnya tak boleh nak cakap, sakit yang ini lagi sakit dari sakit nak melahirkan anak, saya sampai tak selera nak makan nak tidur pun tak boleh asyik teringatkan setiap kata-kata perempuan sial itu.

Mengapa kau datang ketika kami baru sahaja nak kecapi bahagia???? Kau pun perempuan tapi takkan kau tak rasa perasaan aku??? Sanggup kau nak rampas dia dari aku, sekarang ini air mata saja yang menjadi peneman saya siang dan malam, sedih sangat-sangat bila orang yang kita sayang dah mula sayang orang lain, saya tak tahu nak mengadu dengan sesiapa pun.

Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya sekarang ini.

Sedih sangat, hanya perempuan yang senasib dengan saya sahaja yang akan memahami masalah ini. Hidup ini ada hukum karmanya sendiri, one day kena dekat anak cucu kau pula, suka-suka saja kau nak rosakkan hubungan kita orang, apa jantan lain dah pupus ke?? Kau memang tak ada hati perut.

Buat abang, saya dah korbankan macam-macam untuk abang, saya penat tahu tak, apa lagi yang abang nak?? Makan minum abang saya dah jaga, pakaian abang saya jaga, rumah abang saya kemas, tak cukup lagi ke??? Apa kurangnya saya??? Dan apa lebihnya dia???

Sumber: Kisah Rumah Tangga


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pcmD4S
via IFTTT