Tuesday 21 July 2020

Izreen Azminda Dan Ude Muncul Di Mahkamah Syariah… "Jangan Salah Anggap, Kami Okey"


Kelibat pelakon Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahid di Mahkamah Rendah Syariah Gombak semalam menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai situasi rumah tangga mereka.

Tampil berjubah dan bertudung hitam bersama suaminya menimbulkan tanda tanya tentang tujuan sebenar mereka hadir ke mahkamah berkenaan. Diminta mengulas mengenai perkara itu, Izreen menafikan rumah tangga mereka dilanda badai.

Menurut Izreen, dia dan suami ke mahkamah untuk menyelesaikan urusan denda yang dikenakan mahkamah kerana berpoligami tanpa kebenaran ketika awal pernikahan mereka dimana ketika itu Ude masih lagi suami kepada Intan Saleh.


“Kami ke mahkamah hanya untuk membayar denda nikah. Tiada urusan lain. Jangan salah anggap, kami okey saja,” katanya kepada mStar Online.

Izreen berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara rahsia yang ketika itu Ude masih bergelar suami kepada Intan Saleh. Bagaimanapun pada 2 Mac 2018, Ude menceraikan Intan selepas lima tahun berkahwin.

Ude dan Izreen mempunyai seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim yang kini berusia satu tahun.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2CEopIG
via Merah Hati Cintaku