Saturday, 25 July 2020

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Hulur Dana RM1.2 Juta Bina Masjid


Terkesan selepas mendengar ceramah pendakwah dari Indonesia iaitu Ustaz Abdul Somad, membuatkan pasangan selebriti terkenal Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tergerak hati untuk mendirIkan sebuah masjid.

Menyifatkan ia sebagai saham akhirat dan tiket ke syurga, pasangan itu juga sanggup menangguhkan hasrat untuk membina sebuah banglo di Bangi demi membina majid di kampung halaman Aeril yang terletak di Rengit, Batu Pahat, Johor.

“Idea ini datang daripada Wawa yang mendengar ceramah ustaz Abdul Somad tentang andai ingin menempa nama di syurga, jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.

“Jadi saya sudah berbincang dengan ketua kampung dan bersetuju untuk menghulurkan dana sekitar RM1.2 juta hasil semua keuntungan produk terbaharu kami, Muslim Bukhari.


“Proses pembinaan dijangka bermula tahun depan. Doakan semoga urusan kami ini dipermudahkan,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Aeril berkata perkongsiannya itu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk ataupun bersikap riak tetapi dana itu juga adalah saham akhirat bersama pelanggan yang membeli produknya.

“Memang bukan berniat nak riak atau menunjuk tapi ini adalah saham akhirat bersama pelanggan kami. Mereka yang membeli turut menjadi penyumbang kepada dana masjid ini, bukan hanya nama saya atau Wawa.

“Kami juga tidak bercadang menukar nama masjid. Apa yang harapkan sumbangan ini memberi manfaat kepada penduduk kampung,” katanya.

Sumber: Rotikaya.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/300pYtu
via Merah Hati Cintaku