Tuesday 28 July 2020

Dr Noor Hisham Kecewa Melihat Perhimpunan Di Mahkamah Hari Ini


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan kekecewaannya melihat perhimpunan di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Menerusi ciapannya di Twitter, Dr Noor Hisham berkata, setiap hari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingat orang ramai supaya patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Sudah terang lagi bersuluh, setiap hari KKM ingatkan penjarakkan sosial satu meter, memakai pelitup muka dan cuci tangan dengan sabun.


"Sedih bila melihat keadaan begini yang tiada kawalan kendiri," katanya.

Terdahulu, kehadiran ramai penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini dibimbangi mewujudkan kluster baharu Covid-19.

Keadaan sesak itu menyebabkan polis terpaksa menggunakan pembesar suara untuk mengingatkan orang ramai yang hadir sejak awal pagi untuk mengikuti keputusan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang melibatkan Najib supaya mematuhi SOP dan memakai pelitup muka bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/3gauTOi
via Merah Hati Cintaku