Saturday, 1 February 2020

Badan 'Berlipat' Dipukul Dengan Kayu, Kucing Jalanan Tanggung Derita Sampai Mati


KERAP kali kita dengar kes penderaan melibatkan haiwan jalanan seperti kucing di media sosial sehingga menimbulkan rasa duka dalam kalangan netizen.

Lebih teruk, haiwan jalanan ini didera termasuklah dipukul tanpa belas kasihan sehingga ada yang mati.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang hanya dikenali sebagai Ginn telah berkongsi sebuah videoyang memaparkan seekor kucing sedang berguling-guling menahan sakit akibat dipukul dengan kayu.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat badan kucing jalanan yang diberi nama Tetew itu berlipatimpak daripada pukulan yang terlampau kuat.


Selepas menahan sakit selama 24 jam, Tetew akhirnya menghembuskan nafas terakhir


Tidak kurang juga yang mengecam tindakan individu yang memukul Tetew sehingga badannya berlipat sedemikian rupa.




Sumber: cempedakcheese.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/39bmOoH
via IFTTT