Wednesday 26 February 2020

Tun M Buat U-Turn. Terima Semula Jawatan Sebagai Pengerusi Bersatu


Menurut laporan Harian Metro, PERDANA Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hari ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya.

“Perkembangan lain akan dimaklumkan nanti,” kata Marzuki.

Isnin lalu, selain meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu.



Kenyataan rasmi mengenainya dikeluarkan Pejabat Pengerusi Bersatu dan peletakan jawatan beliau dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.

TUN Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim isnin lalu sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

Pelantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim itu dilakukan mengikut Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai Perdana Menteri interim, Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan anggota Kabinet baharu dilantik.

Difahamkan, Dr Mahathir menghantar surat peletakan jawatannya ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini di Istana Negara.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/382RirJ
via IFTTT