BEIJING: China telah melaporkan kejadian selsema H5N1 dengan patogen yang sangat tinggi di sebuah ladang di Shaoyang, wilayah selatan Hunan. Pengumuman ini telah dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Negeri pada Sabtu (1 Feb).
Kes ini melibatkan 7,850 ekor ayam yang mana 4,500 di antaranya telah mati akibat selsema burung.
Pihak berkuasa telah memusnahkan sekurang-kurangnya 17,828 ekor ayam berikutan wabak itu.
Terdahulu, pihak berkuasa di India mula memusnahkan ayam dan juga telur yang dikaitkan dengan virus selsema burung burung. Dalam ‘kekalutan’ yang berbeza, virus H5N8 telah tersebar di seluruh timur Eropah dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), H5n1 boleh disebarkan kepada manusia, yang biasanya melalui persekitaran yang tercemas. Pun begitu, situasi ini jarang berlaku.
“Virus ini tidak menjangkiti manusia dengan mudah, dan penyebaran dari manusia ke manusia adalah tidak biasa,” menurut WHO.
“Tidak ada bukti bahawa penyakit ini dapat disebarkan kepada orang melalui makanan yang disiapkan dengan baik dan teliti.”
Chinese officials announced an outbreak of a highly pathogenic strain of H5N1 bird flu at a farm in Hunan. The virus was discovered on a farm with nearly 8,000 chickens. More than half of them have already died https://t.co/c5wWMX6jhW pic.twitter.com/8H7Dji871t— Reuters (@Reuters) February 2, 2020
Wabak terbaru ini datang ketika China sedang bergelut dengan koronavirus yang telah merebak ke seluruh dunia dikatakan bermula dari wilayah Wuhan. Virus berkenaan telah membunuh lebih daripada 300 orang di China dan lebih daripada 14 ribu kes disahkan di negara tersebut.
Sumber: CNA / Business Insider via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2RMEIrL
via IFTTT