Thursday, 27 February 2020

Berang Anak Kencing Atas Tilam, Ibu Lemaskan Anak Dalam Baldi Sampai Mati


Di New York, seorang ibu telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun selepas bertindak kejam dengan melemaskan anak perempuannya yang berusia 2 tahun hanya kerana mangsa telah membuang air kecil di atas tilam.

Hanya ingin ‘mendisiplinkan’ anak


Menerusi laporan New York Post, wanita yang dikenali dengan nama Li Li itu merupakan ibu kandung kepada mangsa, Melody Zheng. Menurut sumber, suspek bertindak sedemikian kerana terlalu berang dengan tindakan anak kecilnya yang mengotorkan tilam. 


Suspek yang ingin ‘mendisiplinkan’ anak perempuannya itu kemudian membenamkan kepala mangsa ke dalam satu baldi yang berisi air sehingga mangsa tidak dapat bergerak.

Apa yang lebih mengejutkan apabila suspek kemudian meninggalkan anak perempuannya di dalam tandas dan langsung tidak memeriksa kembali keadaan mangsa. 

Si suami yang menyedari kejadian itu kemudian cuba untuk memberi bantuan pernafasan tetapi malangnya mangsa tidak dapat diselamatkan.

Penjara 18 tahun


Kanak-kanak yang berusia 2 tahun itu kemudian dikejarkan ke hospital dan pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Suspek yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak ini dalam perbicaraan mahkamah walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh dan melemaskan anak kandungnya. 

Malah dia menegaskan bahawa dia hanyalah menjalankan tugasnya sebagai seorang ibu untuk mendidik dan mendisiplinkan anaknya.

Sementara itu, suspek telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun dan dia juga tidak dibenarkan untuk menghubungi anak kandungnya yang lain sehinggalah kanak-kanak itu mencecah usia 16 tahun.

Sumber: New York Post, Mirror Uk via Ohbulan.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/3954ygX
via IFTTT