Thursday 27 February 2020

"Keganasan Di Sana Sini" - Tak Cukup Muslim Uighur Ditindas, Muslim Di India Kini Jadi Sasaran, Masjid Dibakar


Bukan sahaja di China, muslim menjadi sasaran dengan kira-kira 3 juta etnik muslim Uighur didakwa masih ditindas dalam kem tahanan, kini terbaru dilaporkan muslim di India juga menjadi sasaran.

Ketegangan dan keganasan yang berlaku di bahagian Utara-Timur Delhi dilihat semakin memuncak apabila terkini dilaporkan sekurang-kurang sudah mencatatkan 24 kematian.

Lebih parah lagi apabila Ketua Polis Delhi turut dilaporkan terbunuh dalam insiden keganasan tersebut.


Yang menjadi perhatian, apabila kumpulan ini turut membakar sebuah masjid di New Delhi.



Menurut sumber, pemberontakan tersebut bermula pada Ahad apabila penunjuk perasaan melakukan protes terhadap kontroversi melibatkan undang-undang kewarganegaraan.

Kumpulan penunjuk perasaan kemudiannya mula menyerang orang awam berdasarkan agama mereka dan yang menjadi sasaran ialah orang Islam di sana ekoran sentimen ‘anti-muslim’ oleh pengganas Hindutva.

*tonton atas tanggungjawab sendiri



Selain masjid, kedai-kedai makan dan kenderaan turut dibakar susulan amukan orang ramai di Maujpur, Jafrabad dan kawasan-kawasan lain di Timur Laut Delhi.





from Sehinggit Media News https://ift.tt/2VpY87Y
via IFTTT