Friday, 28 February 2020

"Mak Saya Dah Tua Tak Boleh Lari" - Lepas Bakar Masjid & Quran, Perusuh Bakar Wanita Muslim 85 Tahun Hidup-hidup


Saudara-saudara Muslim di Delhi kini hidup dalam ketakutan kerana bila-bila masa, tempat tinggal mereka boleh dirusuh. Angka kematian dekat sana pun makin hari makin meningkat.

Baru-baru ini, seorang lelaki, Mohammed Saeed Salmani menceritakan kepada scroll.in tentang detik-detik cemas yang dilalui keluarganya ketika perusuh menyerang kawasan tempat tinggalnya, Gamri hingga nyawa ibunya yang berusia 85 tahun turut melayang.

Saeed menceritakan, semasa dia keluar ke kedai untuk membeli susu pada 25 Februari lalu, dia mendapat panggilan dari anak lelakinya mengatakan kawasan tempat tinggal mereka telah diserang perusuh.

Panik dengan berita yang diterimanya, Saeed berlari pulang ke rumah untuk menyelamatkan keluarganya tapi dihalang oleh penduduk kawasan jiran kerana terlalu bahaya.

Mereka beritahu saya yang ianya terlalu bahaya, saya boleh dibunuh dan saya patut tunggu sebab benda dah berlaku. Saya ditahan berjam-jam sambil memikirkan keluarga saya semua dah mati.”


‘Mak saya dah tua, tak boleh nak lari”

Walaupun hampir kesemua keluarganya terselamat namun ibu Saeed telah mati dalam kebakaran di tingkat tiga bangunan yang menempatkan keluarganya ini.

Apabila perusuh membakar bangunan yang turut menempatkan kedai jahit keluarganya, enam pekerja telah naik ke tingkat atas dan bila api mula merebak, kesemua ahli keluarga dan pekerja dipaksa naik ke bumbung.



Ibu saya dah tua dan tak boleh lari atau tahan asap tebal. Dia mati dalam rumah. Kalau saya ada kat sana, saya boleh bantu dia naik ke bumbung.”

Keluarga Saeed yang tersekat di bumbung bangunan ini sempat merakamkan video keadaan bangunan mereka yang penuh asap.


Mereka kemudiannya diselamatkan oleh polis dan dibawa ke balai polis Usmanpur. Di sana, mereka bertemu dengan Saeed.

“Polis ambil masa 2.5 jam untuk sampai ke kawasan kami lepas keganasan ini berlaku. Dorang berjaya tenangkan perusuh untuk sementara waktu tapi perusuh ini tak takut dengan pihak berkuasa.”

‘Dorang bakar Quran kami’

Kalau korang nak tahu, Gamri yang terletak dekat bahagian timur laut Delhi ini sering diganggu oleh perusuh hingga kebanyakan penduduk Muslim di sana telah keluar untuk mendapatkan perlindungan dari keluarga dan rakan di tempat lain.

Seorang penduduk, Ismail mengatakan kebanyakan penduduk di Gamri adalah beragama Hindu manakala ada hampir 90 ke 100 rumah Muslim di sana dan sebuah masjid.

Keganasan di kawasan ini mula berlaku pada Isnin lalu bila 200 Muslim mula lalu di kawasan ini selepas mengadakan sambutan Kasbpura Ijtema di masjid Karol Bagh.

Muslim-muslim ini telah diganggu dan dibaling batu hingga mereka terpaksa mendapatkan perlindungan di Masjid Azizya di Gamri.

Keesokan harinya, sekumpulan perusuh datang dan menjerit “Jai Shri Ram”, slogan anti Muslim dan mula menyerang orang dan rumah dengan batu dan bom petrol.

Rusuhan ini berlaku lebih dua jam. Dorang juga turut masuk ke dalam masjid dan musnahkan semua barang dan bakar Quran kami. Dorang juga cuba untuk bakar seorang lelaki Muslim tapi sempat diselamatkan oleh penduduk Hindu tempatan.”

Pada hari Selasa, beberapa Muslim dari Gamri cuba buat laporan polis tapi dorang hanya diberitahu yang perusuh ini tetap akan datang dan mengganggu mereka dan pihak polis tak cukup orang untuk halang dorang.

Kesemua Muslim dah tinggalkan kawasan tu dan kami dapat update dari jiran-jiran hindu yang perusuh masih berkeliaran di kawasan tu sampai sekarang.”

Allahu, moga semua orang Islam dekat Delhi selamat.



from Sehinggit Media https://ift.tt/39aqQhd
via Merah Hati Cintaku