Lebih kurang 5 bulan yang lalu, negara dikejutkan dengan berita kehilangan adik Muhammad Zahiruddin Putra Bin Mohd Fauzi yang sehingga kini masih belum ditemui.
Ayah kepada adik Zaahiruddin, Mohd Fauzi memuatnaik gambar-gambar beliau sedang dirawat di sebuah hospital kerana mengalami sakit kepala yang teruk.
Dalam status berkenaan juga menyatakan semalam (5 Oktober 2019) sudah 173 hari anaknya hilang dan gagal dikesan. Menurut beliau sakit kepala yang teruk itu juga mungkin kerana memikirkan soal kehilangan anaknya itu.
Menurut Mohd fauzi, doktor mengesahkan beliau mengalami Minor Stroke. Sejak kehilangan anaknya, dia mendakwa turut menghidap sakit seperti slip, sakit tumit dan sakit lutut.
Status yang dikongsikan oleh Mohd Fauzi di facebook:
Kehilangan anak ku hari ke 173.
ini lah kali pertama aku mengalami sakit kepala yg paling teruk. mcm nak pecah kepala rasanya. Sebelum ini kalau sakit sekejap jer rasanya. Kali ini ..... allah sahaja yg tahu rasanya... ...
Sehingga aku di masukkan ke kecemasan.
sehinggalah doktor mengatakan, aku mengalami minor strok...
Mungkin juga terlalu banyak berfikir, terutama kehilangan anakku zahir yg masih belum jumpa.
Sakit kepala ada kurang sedikit, tapi pelik... tetiba jer selepas kejadian tu, aku jadi cepat panas baran dan terus sakit kepala dan urat leher jadi tegang... masalahnya , tekanan darah nomal... 114/75, jantung normal......pelik....
(slipdisc, sakit tumit, sakit lutut dan sekarang minor strok) Sembuh kan lah segala penyakit ku ya allah , supaya aku boleh mencari rezeki.
kejadian ini pada 1/10/2019.
Ya allah, selamatkan lah anak ku zahir.... Aku amat merindui nya...
Sumber: Mohd Fauzi via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2MCldyz
via IFTTT