Monday 5 February 2018

[Video] Prestasi Pekerja Tidak Memuaskan, Mereka Disuruh Minum Air Dari Lubang Tandas Sebagai Denda


Nak jatuhkan hukuman pun agak-agaklah. Janganlah sampai bertindak kejam sebegini.

Satu video viral menunjukkan sebuah syarikat di China memaksa pekerjanya minum air dari lubang tandas kerana prestasi kerja mereka tidak memuaskan.

Difahamkan, syarikat tersebut merupakan sebuah studio fotografi yang terletak di Guang’an, wilayah Sichuan.

Gara-gara minum air kotor tersebut, pekerja-pekerja itu didapati mengalami cirit-birit.

Malah, individu yang bertanggungjawab merakam video berkenaan telah direman selama beberapa hari.

Selepas video itu tersebar, pengurus syarikat terbabit itu memberitahu ianya hanyalah lakonan semata-mata supaya mereka lebih bekerja keras. Difahamkan, polis akan menyiasat insiden tersebut.



from Sehinggit Media http://ift.tt/2FO3RJU
via Merah Hati Cintaku