Sunday 11 February 2018

"Tahan Maki, Dr Amalina Che Bakri Boleh Jadi Ahli Politik"


Kesibukan kerja Dr Amalina Che Bakri sebagai seorang pelatih pakar bedah di Kolej Diraja Pakar Bedah England langsung tidak membataskannya daripada aktif di Twitter.

Bagi sesiapa yang mengikutinya, pasti pernah membaca pelajar cemerlang ini berbalas komen sinikal dan lucu di laman sosial.

Mstar Online melaporkan, wanita ini tidak pernah mudah melatah bila ditanya pelbagai perkara merapu mengenainya.


Seorang netizen, @hikaru875 menulis: "Aku lagi rasa ingin tahu macam mana Dr Amalina ni tahu segala benda orang tweet pasal dia walaupun tidak mention. Cari nama sendiri ke, tak pun ada 'informer' merata."

Sementara seorang lagi netizen, @RaisRatiman berkata: "Dr Amalina, kami perlukan jawapan. Contoh informer."


Ini jawapannya: "Orang 'tag' saya di ruang komen atau memetik nama saya menerusi 'quote' (di Twitter). Seperti apa yang kamu baru lakukan di sini," tulisnya lagi.

Ada juga yang berpendapat Dr Amalina sangat sesuai menjadi seorang ahli politik kerana tahan dengan kecaman dan rajin melayan orang komen.


Tambah laporan lagi, Amalina juga ada memberitahu yang kerjayanya sebagai seorang pakar bedah memerlukannya bekerja selama 13 jam bagi setiap syif.

"Kerja 'on call' memang memenatkan dan tekanan juga tinggi. Biasanya, saya tidak ada masa untuk makan atau pergi ke bilik air... tapi tak mengapa sebab saya sudah biasa.

"Jika saya tidak bertugas, saya akan pergi bercuti, melakukan aktiviti menghiburkan atau keluar bersama kawan-kawan. Saya cuba kekalkan kehidupan bekerja yang seimbang, tidak mahu jadi orang yang membosankan. Seperti yang anda tahu, kerja kuat tapi nikmati hidup yang lebih hebat," ujarnya. 

Sumber:- CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2H5o4fv
via Merah Hati Cintaku