Friday 9 February 2018

Senang Cerita, Saya Nak Kahwin Dua Sebab Body Awak Mantap - Lelaki Miang!


"Dah kahwin ke belum?"

Persoalan ini sering diajukan sanak saudara, rakan, mahupun kenalan ibu bapa, kan? 

Tetapi, bagimana pula jika orang asing bertanyakan soalan ini kepada anda? Siap mendesak pula tu! Mesti rasa macam nak dilenyek saja muka tu sebab tak tahan geram yang amat sangat.

Facebook (FB) Giler Kentang berkongsi paparan perbualan antara seorang lelaki miang yang 'terdesak' mahu berkenalan dengan jurulatih gim wanita, Diane Sera

Fuh, kita yang membaca pun terasa sakit hati. Inikan pula Diane, mesti membara-bara!


Pada awalnya, lelaki bernama Saiful itu kononnya mahu mencari jurulatih wanita untuk isterinya. Namun, dia kemudian mula menunjukkan miangnya dengan menyatakan mahu seorang wanita seperti Diane yang bertubuh mantap itu.

Awak cantik, body mantap. Nak macam awak la



Selain ingin 'berkenalan', Saiful juga mendesak Diane dengan pertanyaan mengenai status dirinya sampailah Diane memberi 'sepatah dua kata'.

"Apa kata awak luangkan masa dengan keluarga daripada ganggu orang lain," katanya.


Eh, eh! Sakitnya hati kalau bertemu lelaki sebegini. Sibuk sangat tanya orang dah kahwin atau belum kenapa? Penyudahnya, dia luahkan juga hasratnya ingin menjadikan Diane isteri kedua. Gatal!

"Senang cerita, saya nak kahwin dua"


Rata-rata netizen meluat dengan sikap Saiful yang tak sedar diri itu.

"Kesian bini dia," komen netizen yang bersimpati atas nasib isteri lelaki berkenaan.


Menerusi ruangan komen, dipercayai seorang netizen 'gigih' stalk FB Saiful kononnya mahu menyelidik latar belakang lelaki itu.


Pun begitu, terdapat segelintir netizen menyifatkan Diane sengaja tidak menjawab pertanyaan Saiful kerana mahu 'melayan' dan memanjangkan perbualan di antara mereka.


Eh, boleh pula dia memaksa orang berkawan dengannya. Kalau nak sangat isteri cantik, seksi dan mantap, apa salahnya keluarkan duit dan 'perelokkan' apa yang ada depan mata. Bukan menggatal! 

Sumber:- CARI Forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2C8lQIM
via Merah Hati Cintaku