Thursday 15 February 2018

SEDIH..Kucing Ini Tidak Sedar Tuannya Telah Membuangnya, Dia Menunggu Dan Keliru Kemana Tuannya Menyorok


Sabar dan terus sabar sehingga hilang sabar.

Itulah nasib kucing ini yang sabar menanti tuannya yang tak kunjung tiba, dia menanti dan terus menanti dengan harapan melihat muka tuannya. Tapi hampa kerana kelibat tuannya entah ke mana.

Baru sahaja petang tadi orang buang dia dalam kotak di luar super market ini. Ibu kucing dan anaknya seperti menunggu seseorang yang sangat dirinduinya. Tapi apakan daya orang itu tak mahu menjaganya lagi.


Bagi anda yang menjaga kucing hanya untuk suka-suka dan bukan untuk menjaganya kerana anda sayang akan kucing. Bagi anda ianya masalah yang kecil, buang di pasaraya tapi kucing ini tak pernah cari makanan dengan sendiri.

Mereka tak pernah berburu tikus, curi makanan mahupun minta simpati. Tak kasihan kah anda yang membuang kucing ini?

Walaupun dia kucing, tapi dia tetap makhluk Allah. Tambahan pula dia sedang mempunyai anak yang hendak disusukan. Tanpa makanan dan minuman yang cukup susunya akan kering dan anaknya tak dapat makan lagi.


Lihatlah wajah si ibu yang keliru di mana dia berada, kemana mama yang menjaga dan menyayangi nya sebelum ini menghilangkan diri?

Dia tak tahu sebenarnya dia telah dibuang, tergamak anda melihat kucing ini dengan tangisan merindui anda yang sebelum ini menyayanginya.


Aku hanya mampu memberikan dia sedikit makanan dan minuman, moga dia terus kuat dan tabah hidup di alam realiti ini.

Aku berharap orang Vietnam pemakan kucing tidak menangkapnya hanya untuk makan dagingnya. Tabah lah anda wahai kucing comel, berat rasa hati melihat wajah kamu yang kasihan.

Bagi anda yang ingin menyelamatkan kucing ini dan ingin menyayanginya, boleh lah datang ke lokasi Taman Sri Astana Sungai Petani Kedah.

Sumber: http://ift.tt/2EurmHt


from Sehinggit Media http://ift.tt/2F4V5I5
via Merah Hati Cintaku