KOTA BHARU 31 JANUARI 2018. Penganggur, Mohammad Awari Ahmad, 24 dijatuhi hukuman mati di Mahkamah Tinggi Kota Bharu selepas didapati bersalah membunuh seorang suri rumah, di sebuah rumah tanpa nombor, Kampung Batu Papan pada 01 Mac 2015 lalu. NSTP/FATHIL ASRI
MOHAMMAD Awari Ahmad, 24 dijatuhi hukuman mati di Mahkamah Tinggi Kota Bharu selepas didapati bersalah membunuh seorang suri rumah, di sebuah rumah tanpa nombor, Kampung Batu Papan pada 01 Mac 2015 lalu. – Foto Fathil Asri
KOTA BHARU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas kesalahan membunuh dan merogol seorang wanita di Kampung Batu Papan, Gua Musang, pada Mac 2015.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohamad Awari Ahmad, 25, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa membunuh Yashmin Fauzi, 25, di sebuah rumah tanpa nombor, Kampung Batu Papan, di sini antara jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi, pada 1 Mac 2015.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Manakala, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di lokasi yang sama jam 12.30 tengah malam dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(4) Kanun Keseksaan.
Bagi pertuduhan rogol, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shaharaliza Razak dan tertuduh diwakili peguam, Latifah Arifin.
Ahmad menerusi penghakimannya berkata, selepas meneliti keterangan, mahkamah menolak alasan tertuduh yang kononnya tidak berniat untuk membunuh.
“Berdasarkan perbuatan tertuduh jelas mendapati tertuduh sebenarnya mempunyai niat untuk membunuh apabila berkali-kali melibas mangsa menggunakan parang selain mengelar di leher mangsa.
“Pada awalnya, tertuduh hanya membawa kayu sebelum mengambil parang yang berada di rumah mangsa.
“Malah, kejadian itu disaksikan sendiri anak lelaki mangsa yang ketika itu berusia lima tahun mengatakan dia melihat tertuduh menyembelih ibunya ketika tampil memberi keterangan,” katanya.
Ahmad berkata, selepas mangsa cedera akibat dikelar, tertuduh kemudiannya merogol pula wanita itu dan ketika kejadian tertuduh dalam keadaan waras.
Sumber: BH Online
from Sehinggit Media http://ift.tt/2DU8MbM
via Merah Hati Cintaku