Sunday 4 February 2018

Lelaki Ini Dikurung Oleh Mak Nyah Dan Ini Pengalaman Paling Ngeri Pernah Di Hadapi


SEKUMPULAN wanita transgender atau disebut sebagai ‘waria’ (wanita dan pria) di Jakarta menunjukkan mereka bukanlah kelompok yang lemah setelah video mereka menangkap seorang lelaki yang didakwa pencuri tular.

Dalam video tular itu yang turut disiarkan dalam Liputan 6, sekumpulan waria mengelilingi seorang lelaki tidak berbaju yang meraung dan memohon belas kasihan daripada kumpulan tersebut.

Salah seorang daripada mereka didengar berkata kepada lelaki itu: “Berani kamu menangis! Kamu perlu bertanggungjawab. Jangan main-main dengan waria!”


Kemudian berlaku satu adegan lucu apabila salah seorang daripada mereka bertanya kepada rakannya nombor telefon polis, yang mana rakannya menjawab ‘nombor telefon polis boleh didapati di Google’.

Video itu kemudian menunjukkan situasi dalam sebuah kereta polis, yang mana salah seorang waria sempat merakamkan video selfie menunjukkan mereka sedang menuju ke balai polis di Puri Kembangan, Jakarta Barat.

Polis yang memandu dilihat terhibur dengan gelagatnya.

Menurut Tribun, kumpulan tersebut sedang melepak di tempat biasa mereka untuk menunggu pelanggan s*ks, apabila suspek datang kepada salah seorang daripada mereka dan bertanya tentang harga perkhidmatan yang ditawarkan.

Keadaan menjadi kecoh kerana dia didakwa merampas telefon bimbit salah seorang daripada waria dan cuba melarikan diri.

“Dia tanya bayaran perkhidmatan, seribu rupiah ia kemudian terus berlari dan kami menangkapnya,” kata seorang waria, seperti memetik Tribun.

Waria itu kemudian membuka pakaiannya sehingga separuh bogel dan berbincang sesama mereka sama ada lelaki itu harus dibelasah.

Kumpulan itu memutuskan untuk memilih tindakan yang betul dan menyerahkan pencuri itu kepada polis.

VIDEO BERKENAAN KEJADIAN NGERI ITU



Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2E1kzoN
via Merah Hati Cintaku