Hanya kerana terlambat membayar yuran sekolah, seorang guru bertindak biadap kepada 5 murid wanita sekolah menengah dengan menyuruh mereka menjual tubuhnya sahaja jika tak ada duit.
Kejadian yang berlaku di padang sidempuan sumatera utara ini telah menggemparkan media indonesia sejak kelmarin.
Tidak hanya itu, salah seorang murid juga dikatakan bunuh diri dengan minum racun kerana tertekan dengan kata-kata salah seorang guru di sekolah itu.
Menurut murid perempuan pada awalnya mereka dibawa ke satu bilik dan dipertanyakan mengenai yuran sekolah yang belum dibayar.
Dengan spontan kelimanya menjawab dengan alasan masalah kewangan keluarga mereka.
Guru yang bernama KS Itu terus menengkin dan memarahi mereka dan menyuruh menjual tubuh sahaja dikawasan itu untuk senang mendapat duit, selain itu mereka juga diugut akan dibuang dari sekolah.
Kelima-lima murid keluar dari bilik dalam keadaan menangis merasa guru tersebut merendahkan martabat dan maruah mereka.
Kerana takut berdepan dengan pihak sekolah dan polis, mereka sepakat untuk mendiamkan diri.
Namun selang beberapa hari, murid bernama Amelya maut bunuh diri dengan minum racun, dipercayai akibat tertekan dengan sikap guru yang sama melontarkan kata-kata tidak sepatutnya kepada lima murid wanita tempoh hari.
Sejak daripada itu lima murid berkenan terus mengadukan kejadian kepada ibu bapa sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
Bagaimanapun Guru bernama SK sudah ditahan oleh polis Padang Sidempuan dan kini dalam pebicaraan Menteri Pendidikan Indonesia. - Eberita
from Sehinggit Media http://ift.tt/2ojIlFy
via Merah Hati Cintaku