Friday, 2 February 2018

'Ha, Sayalah Yang Whatsapp Semalam', Serta Merta Muka Pakcik Itu Dah Pelik Semacam


Netizen di media sosial tergelak membaca kisah lelaki ini yang melakukan 'kesilapan' di hari pertama dia bekerja. Ezalaq yang sepatutnya bekerja di kedai Mi Bandung, secara tidak sengaja bekerja di kedai roti canai. Yang kelakarnya, pemilik kedai roti canai itu pula tidak mengesyaki apa-apa. 

Tak sangka ada juga kes seperti ini. Hahaha! 

HARI ini, hari pertama aku bekerja. Aku salah kedai. Yes! Aku kerja di kedai yang salah dan aku baru tahu bila kedai itu dah ditutup! 

Ceritanya begini. Aku kerja di warung makan biasa sahaja. Jadi, semalam aku dah WhatsApp owner kedai nak kerja apa semua. Dia suruh datang kerja pagi ini jam 7 pagi. 

Jadi, aku pun turun dan sampai di warung itu jam 7 pagi. Bila aku sampai, aku tanyalah pakcik yang buat roti canai itu. 

"Ha, sayalah semalam yang WhatsApp nak kerja tu." 

Muka pakcik itu dah pelik semacam, lalu dia pun bertanya. 

"Kau WhatsApp siapa?" 

"Saya pun tak sure saya WhatsApp siapa."

Kemudian dia panggil isteri dia dan mereka berbincang seketika nak atau tidak ambil aku bekerja. Aku tak adalah 'petak' ke apa tapi macam peliklah, kenapa baru sekarang nak berbincang? Bukan semalam dah setuju ke? 

Kemudian diorang pun kata, "Okeylah, boleh mula kerja hari ini."

Gaji semua sama, kerja pun sama. Tetapi aku mula berasa pelik bila pakcik itu kata, kedai ini dibuka jam 7 pagi hingga 12 tengah hari sahaja. Tetapi kalau tak silap aku, yang WhatsApp dengan aku itu kata kerja sampai jam lima petang. Ah, aku buat tak tahu sajalah. 

Bila dah kerja semua, dah kemas-kemas tutup kedai. aku pun on the way pulang ke rumahlah. Jalan depan sikit nampak kedai, Kedai Mi Bandung. Dan masa itulah aku baru tahu yang aku dah f*cked up! 

Aku baru teringat dalam WhatsApp semalam orang itu ada cakap signboard kedai dia ialah Mi Bandung. Hahahahahahahhaahhahahahahaha! Patutlah aku rasa pelik. Aku datang jam 7 pagi, dia ada WhatsApp aku lagi dan tanya aku di mana. 


Jadi itulah cerita aku hari ini. Hmm, pishang gais! Hahaha! Yang kelakarnya dia ambil juga aku bekerja. Kalau dia reject tu, bolehlah aku tahu yang aku dah tersalah kedai. 

Aku pun ceritalah perkara yang sebenar kepada owner kedai Mi Bandung. Dia just gelak saja dan tanya aku nak kerja di mana selepas ini. Aku buat keputusan untuk kerja di kedai roti canai itu je. Hahaha! 

Sumber: Ezalaq via The Reporter


from Sehinggit Media http://ift.tt/2BRYcQx
via Merah Hati Cintaku