Wednesday, 21 February 2018

Gempar! Remaja Ini Dakwa Sudah Bertelur 20 Biji. Apabila Telur Beliau Dipecahkan, Semua Terkejut Dengan Isi Kandungannya..


SEORANG remaja lelaki mendakwa dirinya mengeluarkan telur sejak 2015 dan dalam tempoh lebih dua tahun, dia sudah mengeluarkan 20 biji telur.

Pada tahun 2015, Akmal yang kini berusia 14 tahun dari daerah Gowa di Sulawesi Selatan, menjadi tajuk utama setelah mendakwa mengeluarkan tujuh biji telur dalam masa seminggu.

Pada masa itu, pakar perubatan bingung melihat kewujudan objek yang bentuk dan saiznya sama seperti telur ayam 'bersarang' dalam rektumnya (dubur) dan tidak ada penjelasan diberikan mengenai dakwaan yang dibuat terhadap telur-telur itu.

Sekarang, memasuki tiga tahun, Akmal kembali ke hospital sambil mendakwa dia telah mengeluarkan keseluruhan 20 biji telur.

"Dua tahun lalu dia bertelur 18 biji dan hari ini dua biji, jadi jumlahnya sudah 20 biji.

"Telur pertama saya pecahkan isinya cair berwarna kuning, tidak ada putih. Sebulan kemudian saya pecahkan lagi, tapi isinya putih tidak ada kuning," kata bapa Akmal, Rusli, di kediamannya ketika ditemui wartawan, Isnin, memetik Detik.


Dua biji telur yang dikeluarkan oleh Akmal.

Dua biji telur terakhir itu dikeluarkan di Hospital Syekh Yusuf di Gowa, yang mana doktor tidak mahu membuat andaian mengenai telur dan kejadian ini.

Jurucakap hospital Muhammad Taslim mencurigai telur yang berada dalam tubuh Akmal sengaja dimasukkan sendiri.

Ini kerana, katanya, mengikut logik perubatan adalah mustahil untuk telur itu berada di saluran pencernaan.

"Buat masa ini kecurigaan kita seperti itu. Tapi kita tidak melihatnya," kata Taslim ketika dihubungi, memetik Detik.

"Secara ilmiah tidak mungkin ada telur di dalam tubuh manusia. Itu tidak mungkin, apatah lagi di saluran pencernaan," katanya.


Taslim berkata Akmal berada dalam keadaan normal tetapi kini dikuarantin selama seminggu, untuk mencari jawapan kepada persoalan ini.

Taslim berkata telur-telur yang pernah dikeluarkan pada 2015 adalah telur ayam biasa.

"Dua tahun lalu kita minta telur-telur itu diperiksa. Tapi saya tidak tahu keputusan terakhir. Tapi setahu saya pemeriksaan terakhir menunjukkan ia hanya telur ayam. Kalau yang terbaru ini saya belum dapat sahkan lagi," kata Taslim.

Sementara itu, Detik melaporkan bahawa Akmal mendakwa mengalami sakit perut, yang merupakan petanda akan mengeluarkan telur.

"Tadi malam perut saya mula sakit. Saya minta bapa bawa jumpa doktor kerana sakitnya luar biasa," katanya.

"Saya tak sangka jadi begini kerana dia hanya sakit perut. Kecuali dua tahun lalu ketika pertama kali bertelur, ibunya bermimpi melihat pohon besar berbuah lebat, di mana rantingnya mampu menaungi seluruh penjuru dunia dan keesokan hari Akmal bertelur untuk pertama kali," kata bapanya.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2CdCYkE
via Merah Hati Cintaku