Thursday 8 February 2018

Gaya Hidup ‘Super Mewah’ Pangeran Brunei Darussalam.. Namun Apa Yang Ramai Tak Tahu Mengenai Beliau..


Brunei Darussalam dikenali sebagai sebuah negara dengan jumlah penduduk yang tidak terlalu banyak. Negara ini masih mempraktikkan sistem kerajaan monarki mutlak di mana Ketua Kerajaan dan Ketua Negara dipegang oleh Sultan.

Pengaruh besar yang dimiliki oleh Sultan Brunei membuatkan baginda dan keluarganya boleh mengawal aset negara dalam jumlah yang besar. Dan bukanlah sesuatu yang luar biasa jika keluarganya mampu menikmati gaya hidup yang sangat mewah, salah seorangnya adalah Putera Abdul Mateen.


Di usianya yang baru menginjak 26 tahun, keturunan darah di-raj ini tidak segan-silu untuk mempamerkan gaya hidup serba mewahnya di media sosial instagram. Sang putera juga memiliki jumlah pengikut yang banyak sehingga mencecah 733 ribu orang.

Seperti dipetik dari Business Insider, Putera Abdul Mateen merupakan salah seorang putera dari Sultan Brunei Hassanal Bolkiah. Beliau memiliki empat saudara lelaki dan tujuh saudara perempuan.

Dengan kekayaan sang ayah yang mencapai US $ 20 bilion , putera muda ini tentu saja dapat melakukan hampir semua perkara yang diinginkannya. Gaya hidupnya pun penuh kemewahan. Dari muat naik foto di media sosial, ia dilihat senang dengan olahraga polo, terbang dengan pesawat pribadi serta memiliki berbagai jenis haiwan peliharaan eksotik.



Walaupun demikian ketika di wawancara oleh satu majalah dari Thailand, mereka mengklasifikasikan putera itu sebagai orang yang rendah diri dan tidak suka menonjolkan kekayaan keluarganya.Dia juga dikatakan sebagai seorang yang suka menghabiskan masa bersama rakan-rakan dan sanak saudara terdekat.

Putera Mateen dilahirkan pada 10 Ogos 1991. Bapanya adalah Sultan Brunei Darussalam manakala ibunya Puan Hjh Maryam adalah isteri kedua Sultan.

Beliau merupakan lulusan University of London dan mengambil jurusan School of Oriental and African Studies (SOAS). Putera yang memiliki wajah yang kacak ini suka menghabiskan waktunya untuk bersenam atau pergi bercuti ke tempat-tempat yang eksotik.




Putera Mateen adalah anggota tentera Arab Saudi di mana beliau bertanggungjawab untuk menerbangkan pesawat. Seperti dilaporkan oleh media setempat, putera yang satu ini merupakan salah seorang anggota termuda yang menganggotai pasukan tentera Brunei Darussalam.

Beliau memasuki Akademi Tentera Diraja Sandhrust pada tahun 2011 dan lulus sebagai Leftenan II. Akademi tentera ini dikenali sebagai tempat terbaik untuk pendidikan ketenteraan dan graduannya adalah pemimpin yang kuat dari segi fizikal dan mental. Bagi Putera Mateen, lulus dari Sandhrust juga menjadi pengalaman terbaik dalam hidupnya.



Putera Mateen sangat dekat dan menghormati keluarganya, terutama ibunya. Dia juga mengaku rapat dengan abang sulung dan 2 adik perempuannya

Daripada cara dia bercakap dia kelihatan sangat berpelajaran untuk perkara-perkara etika. Meskipun berdarah kerabat dia juga mempunyai keazaman untuk sentiasa menjadi orang yang rendah diri kerana itulah yang diajar oleh orang tuanya..


Putera Mateen dan Keluarga Sultan Bolkiah


from Sehinggit Media http://ift.tt/2Er5obU
via Merah Hati Cintaku