Malaysia sememangnya terdiri dari berbilang kaum, budaya, bangsa dan agama. Majority kaum di Malaysia adalah Cina , Melayu dan India. Tradisi cina , melayu dan india juga berbeza di Malaysia . Akan tetapi menjadi viral di media sosial apabila beberapa orang gadis melayu bertudung telah mengikut dan cuba memahami tradisi cina dengan melakukan upacara meminta hajat dikabulkan dengan melempar sesuatu.
Gadis bertudung tersebut dikutuk keras kerana budaya tersebut dikatakan bersimpang dengan ajaran islam yang mungkin boleh merosakkan akidah. Gadis tersebut melakukan perbuatan tersebut di depan beberapa individu lain yang mungkin boleh dikatakan kawannya. Gadis tersebut dilihat melempar sesuatu di lantai sambil menggoncangkan sebuah objek. Netizen berbangsa cina melemparkan komen mengatakan bahawa upacara tersebut adalah upacara untuk meminta hajat supaya dikabulkan.
Netizen menyifatkan tidakan tersebut menyimpang dan merosakkan akhlak sambil mengutuk keras individu yang berada didalam video tersebut. Tidak pasti dimanakah upacara itu berlaku namun video tersebut telah mendapat lebih dari 1 juta tontonan dan lebih dari 10 ribu share di media sosial facebook.
Tindakan tersebut meskipun munkin hanya saja saja , namun ianya dikatakan diharamkan oleh Islam, luah seorang netizen yang melihat video tersebut dan meluahkan rasa kesal kerana perkara tersebut dikatakan sepatutnya tidak berlaku dalam kalangan remaja yang beragama islam.
Kecoh di laman sosial sejak beberapa hari lalu rakaman memaparkan gadis bertudung sedang melakukan salah satu upacara menilik nasib, dipercayai di sebuah tokong Buddha sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Menerusi video tersebut, gadis berkenaan dilihat beberapa kali mencampak bongkah ke lantai sebelum menggoncang batang-batang buluh kecil, yang dipercayai tertulis ramalan, dipercayai salah satu amalan biasa dalam menilik nasib.
Aksi gadis berkenaan melakukan ritual yang sinonim dengan penganut Buddha itu turut diperhatikan oleh sekumpulan gadis lain, yang kebanyakan daripada mereka juga bertudung.
Ia melibatkan goncangan batang-batang buluh kecil hingga salah satu tercampak keluar dari bekasnya, dan kemudiannya akan diperjelaskan oleh seseorang yang pakar atau sami.
Meskipun lokasi kejadian tidak dapat dipastikan, namun rata-rata netizen mempertikaikan perbuatan gadis berkenaan memandangkan dia bertudung.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Pencetus Ummah (PU) Salman ketika dihubungi Malaysian Digest hari ini memaklumkan orang ramai khususnya umat Islam dinasihatkan supaya tidak cepat menjatuhkan hukum terhadap si pelaku susulan perbuatan tersebut.
Katanya, pihak berkuasa agama atau masyarakat perlu mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada si pelaku mengenai tujuan dia berbuat demikian.
“Paling kurang hukumnya adalah haram. Hukum kafir atau tidak itu kita kena tanya (gadis berkenaan) sama ada perbuatan tersebut sengaja atau tidak.
“Sebab ini melibatkan ritual atau penyembahan agama lain – contoh kalau dia kata suka-suka mahu mencuba, paling minima, hukumnya adalah haram, yang mana dia tidak berniat untuk menyembah dan sebagainya,” katanya yang merupakan bekas peserta program realiti TV Islamik.
PU Salman menambah bagaimanapun Islam melarang atau mencegah umatnya daripada melakukan sebarang aktiviti kepercayaan atau ibadah orang bukan Islam, termasuklah amalan tilik nasib.
Katanya, larangan tersebut dijelaskan dalam al-Quran, surah Al Maaidah, ayat 90 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
Jelasnya, Islam juga melarang umatnya meniru perbuatan penganut agama lain.
“Contohnya, menziarah mendiang kawan yang meninggal dunia, itu juga haram. Tetapi dalam Islam, hukum pergi ke kuil atau pusat ibadat orang kafir adalah tidak haram, asalkan seseorang itu tidak melakukan ritual,” katanya.
PU Salman turut menjelaskan seseorang individu juga perlu mengelak meletakkan diri mereka dalam situasi yang boleh mengundang tohmahan dalam kalangan masyarakat.
“Jangan salahkan netizen sekiranya dikutuk, kena sendiri kena fikir sebab Islam dah pesan supaya kita bebaskan diri daripada tempat-tempat yang boleh menimbulkan tohmahan.
“Dalam vdeo tersebut, dia bukan sahaja duduk di tempat orang tohmah tetapi turut melakukan perkara yang menyebabkan orang mencercanya. Namun untuk menghukum (pelaku) dari segi agama, itu bukan hak kita,” ujarnya.
Susulan itu, PU Salman menasihati seluruh umat Islam secara umum supaya menjauhi perbuatan menyerupai agama lain dan budaya mereka, terutama melibatkan unsur kepercayaan.
“Pihak agama perlu mendapatkan penjelasan mengenai perbuatan tersebut. Secara umum, sesiapa yang sengaja menyembah selain menyembah Allah, ia adalah syirik,” katanya. – mD
from Sehinggit Media http://ift.tt/2EIZ8gn
via Merah Hati Cintaku