Saturday, 4 November 2017

Kejam! Jiran Rogol Bayi Perempuan Usia 18 Bulan Di Hadapan 2 Anaknya Sebelum Dicampak Di Tepi Jalan Dalam Keadaan Berdarah Teruk..

Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditangkap selepas didakwa merogol bayi berusia 18 bulan di hadapan anaknya.

Sebelum dirogol, bayi berkenaan yang merupakan anak jirannya telah ditinggalkan di rumah suspek, supaya dia dapat bermain dengan dua anaknya yang berumur dua dan empat tahun.

Menurut polis, bayi itu telah diperkosa di kediaman satu bilik tidur di New Delhi, India, pada Rabu dan kemudian dicampak di luar dalam keadaan berdarah.


Ketua Pesuruhjaya Delhi bagi Wanita, Swati Maliwal berkata: "Bayi malang itu masih belum tahu bercakap, dia hanya terbaring di tempat kejadian.


"Suspek, yang dilaporkan berusia 33 tahun ditangkap semalam susulan serangan yang dikatakan berlaku di kawasan Aman Vihar."

Isterinya dipercayai keluar bekerja ketika bayi terbabit dirogol, menurut First Post.

Lelaki itu kini didakwa melakukan penindasan dan serangan seksual yang teruk di bawah Akta Kesalahan Seksual, Perlindungan Kanak-kanak India.

Sekiranya didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Serangan ini hanyalah salah satu daripada kes rogol yang banyak berlaku di India pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Awal minggu ini, seorang remaja telah dipukul, diperkosa selama tiga jam oleh empat lelaki dan dirompak dalam kejadian di India tengah.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iuScFQ
via IFTTT