STATUS di laman Instagram Abby Abadi yang mengumumkan dirinya sudah meninggal dunia mengundang rasa terkejut peminat-peminatnya.
Bagaimanapun, Abby yang memuat naik sendiri status tersebut pada pagi Ahad memberitahu apa yang ditulis itu sekadar peringatan tentang kematian kepada pengikut-pengikut laman sosial tersebut.
"Bayangkan status di atas ditulis oleh waris kita. Sudah bersediakah kita bertemu dgn sakaratul maut? Apa amalan yang telah kita usahakan selama hidup ini? Sudah cukup dan 100% puas hati?
"Sementara bernafas ni. Jom sama-sama kita pastikan apa sahaja laman sosial yang kita ada, Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain terhindar dosa fitnah dan maksiat," tulisnya.
Antara komen netizen yang terkejut kerana tidak membaca status berkenaan sehingga habis.
Perkongsian bekas pelakon Gerak Khas itu ternyata mencemaskan pengguna laman sosial dan mendapat lebih 160 komen dan 6,000 likes.
Rata-rata menyatakan rasa terkejut dan bersyukur perkara tersebut tidak benar, sebaliknya sekadar peringatan bersama.
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ztlXOk
via IFTTT