Sekiranya anda pernah ke Jepun, pastinya anda pernah berasa kagum melihat sendiri betapa berdisplinnya masyarakat di sana.
Bagi mereka yang belum pernah sampai ke negara Matahari Terbit itu, gambar-gambar di bawah ini dapat memberikan anda gambaran yang lebih jelas mengenai budaya masyarakat Jepun di negara mereka.
#1 Lihat sahaja bagaimana cara mereka meletakkan kenderaan mereka. Teratur dan tersusun kemas tanpa mengganggu pengguna jalanraya yang lain.
#2 Ribuan vending machine yang terletak di setiap peruk di bandar-bandar di Jepun selamat daripada sebarang ancaman orang yang tidak bertanggungjawab.
#3 Tidak kira sama-ada waktu puncak atau pun tidak, mereka akan tetap beratur dan bersabar semasa menunggu giliran untuk memasuki keretapi.
#4 Masyarakat di Jepun tidak suka membazirkan makanan. Mereka akan menghabiskan makanan mereka sebelum meninggalkan restoran-restoran.
#5 Di Jepun, terdapat 9 jenis tong sampah yang mengandung jenis-jenis sampah yang berbeza-beza. Orang di Jepun akan mengasing-asingkan sampah mereka sebelum membuangnya ke dalan tong sampah.
#6 Kanak-kanak di Jepun telah dididik untuk menjaga kebersihan sejak dari peringkat kanak-kanak lagi supaya mereka akan menjadi orang yang lebih civilised apabila dewasa kelak.
#7 Lihat saja cara mereka meletak kenderaan-kenderaan mereka. Kemas dan tepat di dalam petak.
#8 Di kolam-kolam renang awam, mereka akan membersihkan diri mereka terlebih dahulu sebelum menggunakan kolam-kolam ini.
#9 Hujan atau tidak, mereka akan tetap mematuhi peraturan lalu-lintas.
#10 Ketika menaiki eskalator, mereka yang tidak mahu bergerak pantas akan berdiri di sebelah kiri bagi memberi laluan kepada orang lain.
#11 Sekiranya mereka tidak sihat, mereka akan memakai topeng muka supaya tidak menjangkiti orang lain.
#12 Tiada tip di Jepun.
Sumber: Taikotai.tv
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AuZdlr
via IFTTT