Saturday 25 November 2017

Permohonan, Kemas Kini Maklumat BR1M 2018 Dibuka Mulai Esok


PUTRAJAYA: Kerajaan memaklumkan bahawa permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun depan akan dibuka mula 27 November hingga 31 Disember ini.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, bagi permohonan secara manual atau pengisian borang, Borang BR1M 2018 boleh didapati di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN.

"Pemohon juga boleh memuat turun borang pemohonan di portal rasmi BR1M di http://ift.tt/PIAy0l.

"Portal ini juga boleh digunakan untuk permohonan atau bagi mengemas kini butiran secara atas talian.


"Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang meninggal dunia dan pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan BR1M 2017 perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018. 

"Bagi penerima BR1M 2017 (sedia ada), pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Sementara itu, Kementerian Kewangan juga memaklumkan bahawa kerjaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan melalui aplikasi WhatsAPP dan media sosial lain.

Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018, yang sudah diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui laman sesawang BR1M.

Menerusi bantuan itu, kerajaan berharap ia dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Sumber: Berita Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hU1X0t
via IFTTT