Saturday, 25 November 2017

Sanggupkah Anda Memperisterikan Wanita Yang Tiada Dara? Fakta Terbaru Ini Pasti Memberi Tamparan Hebat Kepada Lelaki Yang Belum Berkahwin!


Dalam tempoh satu jam, seramai 6 orang gadis kehilangan dara mereka di negara ini menurut sebuah akhbar tempatan. 15.000 anak luar nikah dilahirkan setiap tahun menurut satu kajian.

Fakta ini boleh menjadi satu tamparan hebat kepada kaum lelaki yang merancang untuk berkahwin. Ini kerana mereka bakal dihimpit dilema kerana kemungkinan memperisterikan wanita yang telah kehilangan dara sebelum waktunya.

So, yang menjadi persoalan kat sini, adakah lelaki zaman sekarang masih lagi mementingkan status dara pada seorang gadis? Secara ringkasnya ini adalah pendapat peribadi aku, yang mungkin mewakili pendapat sesetengah golongan lelaki.

Aku rasa zaman sekarang ni pun lelaki masih lagi mementingkan status ‘dara’ seorang gadis. Bagi aku, dara tu melambangkan kesucian, maruah dan keperibadian wanita. Bukan bermaksud wanita yang tidak mempunyai dara itu tidak suci, mungkin mereka sukakan aktivit lasak sehinggakan tanpa disedari mereka kehilangan dara.

Kalau macam tu, aku tetap terima melainkan perkara tersebut berlaku kerana zina. Bagi kes lain, seperti mangsa rogol, ianya terpulanglah kepada lelaki untuk menerima atau tidak. Perlu diingatkan, kes seperti mangsa rogol ini berlaku bukan atas kehendaknya.



Sebenarnya, status dara ni perkara yang subjektif. Lain orang lain pemikirannya. Walau bagaimana pun pun, Tuhan dah tentukan jodoh kita. Macam mana sikap kita, begitulah jodoh kita. Jadi, kalau kita mementingkan status dara atau gadis, kita sebagai lelaki kena juga mempertahankan keterunaan kita.

So atas pilihan anda. Biasa perempuan xkan bagitahu mereka dah kehilangan dara ataupun tidak. Banyak lepas berkahwin baru diceritakan.

Apa pandangan anda?

sumber: airsoya via bujanglapok

Mari kita tengok dari segi islamik .. Petikan dari laman web (http://ustazlove.com)

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yg memakai gelaran ‘lelaki ini’..

“Salam ustaz,
Saya ada teman wanita yang saya sudi menerimanya untuk saya berkahwin dengannya. Tetapi, saya baru dapat tahu kebenaran terhadap zaman silam beliau bahawa beliau telah melakukan zina bersama lelaki dan berkemungkinan telah hilang dara dan telah dirogol oleh rakannya secara paksa dan berkemungkinan besar kehilangan daranya buat kali kedua. Saya keliru tentang apa yang saya patut buat bersama beliau atau terimanya dengan hati yang terbuka. Ustaz, minta tolong jelaskan kenyataan saya.

Wassalam“

Sebelum Ustaz Love meneruskan entry ini, ingin Ustaz Love jelaskan satu perkara. Dara itu hanyalah sejenis selaput dan akan hilang pada kali pertama berlakunya persetubuhan. Tidak ada istilah hilang dara kali kedua.. tetapi yang ada hanyalah istilah diragut kehormatan. Mungkin istilah ni lebih sesuai berbanding istilah kehilangan dara buat kali kedua. Pelik sangat bunyinya..

Ustaz Love tak pasti dah berapa lama saudara mengenali teman wanita itu. Dan berapa lama pula beliau menyembunyikan perkara itu sebelum berterus-terang dengan saudara. Persoalan di sini bukanlah pada kejujuran dan keikhlasan beliau untuk berterus-terang itu, sebaliknya motif di sebalik penceritaan beliau tentang kisah zina dan perkosa itu. Ustaz Love bukanlah nak bersangka buruk dengan beliau. Ustaz Love sekadar ingin saudara berhati2 agar tak terjebak dalam perkara yang tak diingini.

Sesungguhnya, saudara lebih mengetahui akan akhlak teman wanita itu berbanding Ustaz Love sendiri yang tak pernah mengenali beliau. Ustaz Love sekadar boleh membantu memberikan panduan2 umum, selebihnya saudara sendiri yang akan membuat penilaian terbaik sebelum mengambil sebarang keputusan yang bakal mengubah kehidupan saudara.

Orang beriman itu tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama 2x.. kalau dalam peribahasa Melayu ia disebut sebagai pisang yang takkan berbuah 2x (walaupun kita boleh makan pisang berkali2).. mungkin kes pertama itu berbeza daripada kes kedua (satu kes zina, satu lagi kes rogol), tapi jalan berlakunya perkara itu tetap sama, iaitu melalui hubungan seks..

tak kira la sama ada dengan rela atau secara paksa. Dari satu sudut, ia sangat berbeza (kalau ikut undang2, perogol yg akan dikenakan hukuman dan bukannya mangsa rogol), tapi bukan itu yang Ustaz Love nak timbulkan di sini. Ustaz Love lebih suka nak fokus pada punca berlakunya kejadian itu berbanding memfokuskan pada kisah hitam yang dialami oleh wanita tersebut.

Kes berkaitan salahlaku seks ini terlalu banyak punca2 yang boleh menyebabkan berlakunya perkara tersebut. Antara yang paling biasa adalah disebabkan pergaulan bebas yang dah tentunya melibatkan masalah akhlak. Seorang wanita yang berakhlak baik, tidak akan membiarkan dirinya bergaul bebas dengan lelaki bukan mahram..

tak kira la atas nama kawan ke, rakan sekerja ke, sepupu yang rapat ke dsb. Jika mereka memahami betapa bahayanya pergaulan bebas ini, nescaya mereka akan takut untuk berada di kalangan lelaki lebih daripada takutnya mereka berada di kalangan buaya.

Jika kita dimakan oleh buaya, maka kita cuma akan mati dan takkan dipersoalkan di akhirat nanti tentang kematian kita (kecuali kalau kita sengaja terjun ke kolam buaya untuk membunuh diri dengan cara yg paling sadis). Sebaliknya, jika kita mati dalam keadaan bergelumang dengan zina (tidak bertaubat), maka urusan kita masih lagi belum selesai dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Berbalik pada kes saudara..

Pada pandangan saudara sendiri, sejujurnya, adakah saudara meyakini teman wanita itu (berdasarkan pandangan mata zahir) telah berubah dan bertaubat daripada dosa silamnya? Saudara boleh cuba tepuk2 dada dan melihat secara mendalam akan perkara ini. Sekalipun firasat manusia itu tak selalunya betul, namun manusia itu diberikan keupayaan untuk menilai secara zahir.

Jika saudara meyakini akan perubahannya, maka seperti yang selalu Ustaz Love jelaskan sebelum2 ni, tiada masalah untuk saudara menerima teman wanita itu sebagai pasangan hidup. Tak penting pandangan orang lain sbb bukan mereka yang nak hidup dengan wanita tersebut. Semuanya bergantung pada kehendak hati saudara sendiri.

Ustaz Love sangat menyarankan agar saudara mengambil langkah yang sangat berhati2 dalam menangani perkara ini.. agar hati saudara dan hati teman wanita itu sama2 dapat dijaga. Kita tak tahu hakikat sebenarnya. Saudara sendiri pun cuma mengetahui tentang peristiwa hitam itu melalui lidah teman wanita itu sendiri, yang tetap ada kemungkinan faktanya diselewengkan..

Cerita tentang pisang berbuah dua kali itu adalah sisi negatif pandangan Ustaz Love.. bagi Ustaz Love, jika seseorang itu telah bertaubat daripada perbuatan zina, insyaAllah dia akan menjaga dirinya daripada terjebak dalam perkara itu sekali lagi..

walaupun pada kali yang lain, beliau mengatakan dipaksa melakukan hubungan seks (rogol). Ini kerana, jika beliau dapat menjaga diri daripada lelaki2 buaya dengan menjauhkan diri daripada mereka, nescaya beliau akan terselamat daripada kejahatan mereka.. kecualilah jika kejadian rogol itu berlaku dalam tempat yang sepatutnya selamat bagi beliau (spt dalam rumah, pejabat dsb) ataupun dikhianati dengan cara dimasukkan ubat tido dalam minuman dsb..

Berdasarkan cerita saudara yang beliau dirogol oleh rakannya sendiri, pada pandangan Ustaz Love, beliau masih lagi belum dapat menjaga batas pergaulan.. sehingga terjadinya kes rogol itu.. ataupun ada kemungkinan juga beliau menggunakan alasan dirogol untuk nampak betapa kesiannya beliau yang menjadi mangsa.. Ustaz Love bukanlah nak bersangka buruk, tetapi Ustaz Love cuba memberikan situasi pilihan yang paling buruk yang mungkin berlaku.

Biasa je berlaku dalam dunia nyata, para wanita menyatakan diri mereka dirogol untuk meraih simpati pasangannya.. sedangkan hakikatnya, mereka bukan dirogol, sebaliknya berzina. Ada juga yang lebih berani mengancam untuk melaporkan kes rogol sekiranya pasangannya itu meninggalkannya atau tidak mahu berkahwin dengannya.

Jadi, berhati2lah wahai lelaki.. Jangan sekali2 menyentuh hati wanita sekiranya tidak berhajat memperisterikannya. Kalau tak nanti, kena terima la apa saja yang berlaku disebabkan kuasa ‘kelembutan’ wanita.

Tak dapat tidak, saudara kena lakukan solat istikharah.. minta petunjuk daripada Allah, adakah pilihan saudara ini terbaik buat kehidupan saudara dunia dan akhirat. Jangan letakkan cinta manusia di depan, kelak nanti kita akan dibutakan daripada melihat kebenaran. Allah saja yang lebih mengetahui hakikat sebenar kehidupan lalu teman wanita itu.. Dekatkanlah diri dengan Allah dengan melakukan ibadah2 sunat seperti solat, puasa, sedekah dsb dan berdoa semoga Allah memudahkan urusan jodoh saudara sekiranya teman wanita itu adalah jodoh yang terbaik buat saudara. ‘

Dalam membuat keputusan berkaitan masa depan (terutama pemilihan wanita2 yg bakal menjadi ibu kepada anak2), ketepikan dulu perasaan cinta ke, simpati ke dsb.. Pilihlah dengan tepat, agar perasaan cinta yang bakal ditumpahkan nanti akan kena pada tempatnya.. Umpama kuah masak lemak tertumpah ke nasik, menjadikan nasik yang tawar itu sedap dimakan.. berbanding kuah yang tertumpah ke lantai, kucing pun tak lalu nak menjilatnya..

Apa pun, Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan petunjuk kepada saudara dalam membuat pilihan. Jangan tergesa2 dalam berjodoh, takut nanti tak sampai ke syurga..

Ini Komen Ustaz Azhar Idrus



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zoJ3WF
via IFTTT