Monday, 27 November 2017

Tahniah Buat Fattah Amin & Fazura Yang Kini Sah Bergelar Suami Isteri..


Berita Harian malam ini melaporkan yang Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara malam ini.

Nur Fazura atau Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah Amin hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam.

Pada majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya, pelakon J Revolusi berkenan kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden sentuhan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini, serta solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah pula segak berbaju Melayu.


Mengenali Fattah Amin, Fazura Terbuka Hati Untuk Berkahwin

“Pada 13 November keluarga saya telah menghantar rombongan merisik dan seterusnya bertunang di rumah Fazura sebelum mengerjakan umrah,” kata Fattah yang turut ditemani Fazura di majlis sidang media di Royale Chulan, Kuala Lumpur.

“Saya memang seorang wanita yang sangat degil dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat. Tapi apabila bertemu dengan Fattah dan mengenali dia, hati saya terbuka. Saya nampak masa depan dengan dia. Dia melamar dan saya menerima”

Kisah cinta pasangan ini mula kecoh selepas mereka membintangi drama Hero Seorang Cinderella, bagaimanapun ketika itu mereka berdua masing- masing menafikan perihal percintaan tersebut sehinggalah pada petang ini mereka telah menyatakan bahawa mereka telah bertunang.

Sumber: Rotikaya


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2Ahn70L
via IFTTT