Sunday, 26 November 2017

Anggota Polis Berpangkat "Sarjan Mejar" Larikan Isteri Orang Disiasat.


IPOH: Polis menyiasat laporan seorang lelaki yang mendakwa isterinya dilarikan anggota pasukan itu yang bertugas di sebuah balai di Selangor.

Dakwaan lelaki itu menjadi viral di media sosial selepas dia memuat turun gambar isterinya dan anggota polis berpangkat sarjan mejar sejak Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Gan Tian Kee, berkata pihaknya menerima beberapa laporan polis dibuat suami wanita berusia 31 tahun itu, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dekat sini.


Katanya, hasil semakan turut mendapati laporan polis turut dibuat anggota polis terbabit dan wanita berkenaan.

"Siasatan dalaman akan dijalankan terlebih dahulu atas salah laku anggota polis berkenaan dan sekiranya terbukti tindakan diambil oleh jabatan berkaitan.

"Polis juga akan meneruskan siasatan jika ada keterangan atau bukti kesalahan jenayah dalam kes ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lalu, pemilik akaun yang menggunakan nama Azam Sniper mendakwa isterinya, Ariyani atau Lily dilarikan anggota polis berpangkat sarjan mejar yang bertugas, di sebuah balai polis di Selangor.

Dalam status dimuat naik pemilik akaun terbabit, meminta orang ramai yang mendakwa melihat isterinya yang kini menyewa di sebuah bilik di beberapa lokasi di Pahang, agar menghubunginya.

Dia turut memaparkan gambar anggota polis berkenaan serta gambar isterinya.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zFLVmf
via IFTTT