Wednesday 29 November 2017

‘Aku Bomohkan Mereka & Tidur Dengan Lelaki Lain!’ – Kerana Geram Dengan Perampas


Sebut sahaja perampas, pasti ramai wanita yang tidak suka dengan perkataan itu. Apabila mengetahui wanita itu adalah perampas dan telah merosakkan rumah tangga, mereka akan dihina dan dimaki.

Seeloknya selesaikan dengan cara yang baik. Jangan pula sampai maruah diri sendiri tergadai pula.

Tidak semua wanita perampas itu tidak baik, kadang-kadang bukan niat mereka untuk menjadi seorang perampas dan merosakkan rumah tangga orang lain.


Wanita ini telah berkongsi pengalaman luahan hati apabila suami orang bernikah dengan janda anak 3. Ikuti berikut ini:

Tolong hide. Ni aku guna fb kawan aku. Aku sakit hati sangat-sangat. Suami aku nikah dengan janda anak 3, aku tak ada zuriat. Banyak kali aku bomohkan betina tu. Sampai ke siam supaya suami aku tak dapat zuriat dan supaya mereka bercerai. Tapi semua tak jadi. Habis duit aku habiskan kat semua bomoh.

Kenapa sebelum suami aku kahwin dengan betina tu, aku bomohkan suami aku supaya turut semua kata aku.. semua menjadi. Masa tu semua yang aku nak semua dapat. Sekarang suami aku banyak habiskan duit kat betina tu. Aku tak tahu macam mana lagi aku nak buat supaya suami aku pulang pada aku.

Disebabkan sakit hati dan perasaan geram yang melampau. Aku sanggup berzina dengan suami orang sampai sekarang. Tapi suami aku tak tahu, aku bomohkan suami aku dan betina tu.. sampai sekarang suami aku tak tahu. Aku terpaksa sorok dari suami aku yang aku ada no. telefon yang lain, supaya suami aku tak tahu aku ada scandal dengan ber-online.

Aku akan sihirkan diorang sampai bercerai supaya hati aku puas. Mak aku juga sokong dengan perbuatan aku supaya suami aku hulurkan duit untuk aku bukan kepada betina tu. Biar padan muka betina tu sebab perampas. Tolong jangan kecam aku sebab aku sakit hati sangat-sangat.

P/S: Semoga saudari terus bersabar dan beristighfar kerana itu lebih baik.

“…Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai- sungai”. (Surah Nuh : 10 – 12)

“Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah?” (Surah Nuh : 13)

Sumber: Kisahrumahtangga69.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AfLDlf
via IFTTT