Perhubungan antara Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan pengacara Gegar Vaganza (GV), Nabil Ahmad semakin tegang apabila kedua-duanya saling berbalah di media sosial. Baru-baru ini, Nabil dipercayai sudah mencapai hadnya apabila beliau memberi amaran kepada chef berkenaan untuk berhenti memuat naik status berbaur hasutan di laman Instagram miliknya.
Inginkan penjelasan lanjut mengenai isu yang dibangkitkan, Mstar berjaya menemu ramah Chef Wan melalui suatu panggilan telefon khas. Ini respon balasnya.
Telah hulur secara baik tetapi disalahtafsirkan
I feel a little bit dissapointed and a little sad. Kita menghulur tangan secara baik tetapi disalahtafsirkan. And how many times, shall I repeat, dalam Instagram pun, and I have met him personally, dalam make up room GV masa episode ke-2, dia sendiri cakap dengan I dia akan cuba memperbaik diri selepas ini,… tetapi masih dibuatnya.
Ditanya apa maksud Chef Wan apabila menuduh Nabil punca remaja menjadi kurang ajar. Dia menegaskan bahawa bukan dirinya sahaja mempunyai masalah dengan gaya pengacaraannya, malah jika dibaca melalui ruangan komen, ramai lagi yang berpendapat negatif terhadap caranya mengendalikan rancangan itu.
… I tell you la, benda ni bukan I sorang, dah jadi for so long. Cuma tinggal lagi it takes someone with guts, orang yang macam saya ni yang tak suka cakap belakang, cakap depan depan. Jumpa dia pun dah ckp depan-depan, sampai dia pun dah minta maaf so why still doing it. Its up to you now.
Chef Wan turut diminta untuk memberi komen terhadap kenyataan Nabil yang menyatakan beliau tidak bersikap profesional, sekadar beri pendapat dan muat naik di Instagram daripada membawa isu ini kepada pihak produksi.
Ini jawapan beliau! Dengarkan
Tak tahu nak kata siapa betul, siapa salah. Moga isu ini dapat diselesaikan secara baik dan perhubungan mereka akan kembali seperti dulu.
Sumber: OHBULAN!
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2A2aHf0
via IFTTT