Amboi ibu bapa zaman kini, makin bertepu-tepu lemaknya. Bukan nak kata semua, tetapi segelintir daripadanya memang menduga keimanan banyak pihak.
Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial meluahkan pendapatnya dengan memberi komen negatif terhadap pihak pendidik yang disifatkannya makan gaji buta tatkala cuti sekolah.
"Patutnya sekolah tak perlu cuti. Tak mengapa tak belajar pun, cikgu boleh tolong jaga anak di sekolah daripada makan gaji buta," tulis seorang penjaga seperti dipetik menerusi portal pendidik2u.my.
Sudahlah menggesa para guru datang ke sekolah semata-mata untuk mengasuh anak-anak di kala ibu bapa bekerja, dia pula sedap-sedap menuduh cikgu makan gaji buta.
"Murid cuti, cikgu pun cuti di rumah, pergi membeli-belah, balik kampung dan sebagainya.
"Bukan aku fitnah, okey. Aku cakap berdasarkan apa yang jadi di depan mata aku," katanya.
Apa ni? Dia yang tak dapat memenuhi permintaan bayaran tinggi pengasuh, cikgu pula 'dikerahnya' mengasuh anak-anak di sekolah.
Pendapat individu berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai.
"Awat, cikgu tu bukan manusia ka? Suka hati dia ja.
"Habis, keluarga cikgu tu pula siapa nak jaga?
"Beranak pandai, nak jaga tak pandai-pandai," antara komen netizen.
Apa komen anda?
Sumber: CARI forum
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lPV5Gj
via IFTTT