Thursday, 23 November 2017

‘Amboi Hajah, Makin Ketat Baju’ – Tampil Seksi Di Malam Gala Intrend, Neelofa Dikritik Lagi !! (4 Gambar)


Malam tadi penerbitan majalah InTrend telah menganjurkan Malam Gala Intrend yang berlangsung di sebuah hotel di KL Sentral. Antara yang hadir ialah pelakon dan pengacara sensasi Neelofa.


Neelofa telah hadir dengan mengenakan satu busana elegan, bagaimanapun, dia telah dikecam kerana busana itu dianggap terlalu seksi dan menonjolkan bahagian dada untuk seseorang yang bergelar Hajah sepertinya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Netizen menulis:





Bagaimanapun, peminat-peminat Neelofa menganggap komen menghentam itu berunsur kebencian dan tidak mengikut cara menegur sebenar yang dianjurkan dalam agama Islam.


Apa pun, penuis suka dengan solekan Neelofa untuk Malam Gala Intrend. Untuk makluman, Neelofa telah disolek oleh Bosco, jurusolek yang telah menghasilkan tatarias untuk Izara Aishah pada malam resepsi perkahwinannya yang berlangsung Ahad lepas.


Neelofa juga telah membolot tiga anugerah Intrend iaitu Selebriti Paling Menawan, Anugerah Suri Teladan Inspirasi dan satu anugerah khas iaitu Anugerah Aditeladan untuk tahun 2017.


Penulis berpendapat baju Neelofa cantik dan trendy sekali. Cuma mungkin sekarang Netizen memang memerhatikan busana selebriti dari segenap sudut. Sebelum ini Mira Filzah juga pernah dikecam kerana memakai busana warna kulit walaupun ia busana patuh syariah. Tahniah Neelofa atas anugerah yang diterima malam tadi.

Sumber: beautifulnara.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2A32pnF
via IFTTT