Wednesday, 21 June 2017

SAYU.!! Arwah Zulfarhan Mahu Baju Raya Warna Kelabu Tahun Ini, Baju Dah Siap Tapi Dia Tak Sempat Pakai - IBU


Beberapa hari lagi hari raya Aidlifitri akan disambut, pastinya Aidilfitri buat keluarga ini tidak sama seperti tahun-tahun lain kerana kehilangan seorang insan tersayang.

Hawa Osman, 54 tahun ibu kepada arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain memberitahu pihak Berita Harian bahawa dirinya sudah menyiapkan baju raya untuk arwah bagi Aidilfitri nanti. Menurut ibunya, arwah ada memberitahu bahawa dirinya ingin memakai baju melayu bertemakan warna kelabu pada tahun ini.

"Arwah mahukan baju raya warna kelabu tahun ini dan saya sudah siapkan tetapi dia tidak sempat untuk melihat". Hawa Osman

Menurut Hawa, ketika arwah menghubunginya, arwah ada menasihatkan ibunya supaya menjaga diri. Arwah juga ada memaklumkan ibunya bahawa dirinya dalam keadaan yang baik walaupun ibunya menyedari suara anaknya seperti tidak sihat.

Namun apabila saya bertanya kenapa suaranya seperti tidak sihat, anak saya memaklumkan dia dalam keadaan baik. Saya tidak tahu sama ada dia demam atau tidak. - Hawa Osman

Ibunya memaklumkan bahawa arwah memberitahu dirinya tidak dapat pulang ke rumah di bulan Ramadhan kerana mempunyai tugasan lain. Hawa tidak menyangka itulah kali terakhir arwah bertemu dengannya.

Sumber: Berita Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sCYNT7
via IFTTT