PAKISTAN - Sekurang-kurangnya 153 orang terbunuh dan sekitar 140 lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku selepas lori tangki minyak terbalik di Pakistan dan orang ramai bergegas mengumpul minyak tersebut.
Tragedi itu berlaku sehari sebelum Pakistan menyambut Hari Raya Aidulfitri selepas sebulan berpuasa, dengan lebuhraya yang sesak susulan ramai yang pulang berhari raya di kampung.
Gambar kejadian menunjukkan api yang marak dan asap tebal, bersama dengan beberapa buah kenderaan yang hangus.
Lori tangki minyak itu dilaporkan kemalangan berdekatan bandar Timur Ahmedpur, 416 batu dari selatan ibu kota Islamabad.
"Seramai 140 orang cedera, termasuk 40 orang dalam keadaan kritikal," kata Mohammad Baqar, pegawai perkhidmatan penyelamat tempatan.
Sementara itu pihak tentera telah menghantar helikopternya untuk membawa mangsa-mangsa yang cedera dan hospital diarahkan bersedia menerima mangsa-mangsa kejadian itu.
Orang awam, Mohammed Salim, cuba memadamkan api dengan sebaldi air dan air, namun gagal kerana api terlalu besar dan panas dan tidak dapat membantu mangsa-mangsa kejadian.
"Saya terdengar suara jeritan mangsa-mangsa, tetapi saya tidak dapat membantu mereka," katanya.
Abdul Malik, pegawai polis tempatan yang pertama tiba di tempat kejadian itu berkata, "Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini seumur hidup saya. Mangsa terperangkap dalam api dan mereka menjerit meminta tolong.
"Kami nampak mayat di merata tempat dan kebanyakan dari mereka sudah tinggal tulang. Manakala mangsa-mangsa yang lain cedera parah," katanya.
Ramai mangsa yang cedera terbakar 80% dibawa dan dirawat Hospital Bahawalpur Victioria di selatan Punjab.
Mangsa-mangsa yang maut termasuk kanak-kanak, perlu menjalani ujian DNA untuk dikenalpasti berikutan kebanyakan mangsa terbakar dalam keadaan teruk," kata Mohammad Baqar.
Perdana Menteri, Nawaz Sharif menyatakan rasa sedihnya dengan kejadiaan itu dan mengarahkan kerajaan wilayah Punjab yang dikendalikan oleh suadaranya, Shahbhaz Sharif, menyediakan bantuan perubatan penuh.
Lori tangki minyak itu dilaporkan hilang kawalan lalu terbalik di lebuh raya kira-kira 60 batu di barat daya Multan yang ketika itu dalam perjalanan dari Karachi ke Lahore, ibu kota Punjab.
Menurut Ketua Pasukan Penyelamatan Punjab, Rizwan Naseer, berkata, penduduk kampung berhampiran yang mengetahui kejadian itu kemudian berlari dan mengambil minyak yang tumpah dari lori itu dengan tong minyak atau apa jua jenis bekas yang ada. Dipercayai salah seorang daripada mereka menyalakan rokok lalu menyebabkan kebakaran itu berlaku.
Timbalan Komisoner Bahawalpur, Rana Mohammad Salim, berkata, alat pembesar suara di masjid berdekatan telah disalahgunakan untuk memaklumkan kepada penduduk kampung untuk mengambil minyak yang tumpah dari lori tangki tersebut menyebabkan ramai penduduk yang datang ke tempat kejadian dengan tong minyak masing-masing.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2saPWva
via IFTTT