Alif Satar yang berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan rupanya juga boleh mengalunkan azan dengan baik.
Ketika menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat menerusi projek #DariHati di Pusat Jagaan Titian Kaseh di Taman Tasik Titiwangsa pada Khamis lalu, Alif sempat meluangkan masa dalam menjalankan aktiviti amal bersama anak-anak yatim.
Setibanya waktu Solat Maghrib yang menandakan sudah masuknya waktu berbuka puasa, Alif berkesempatan mengalunkan azan di pusat jagaan tersebut.
Ramai yang memuji gema suara Alif yang begitu merdu melaungkan azan. Ada juga peminat yang merasakan kesyahduan selepas mendengar alunan azan.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sOnmin
via IFTTT