HEBOH di media sosial apabila video sepasang pengantin beragama Islam didakwa berkahwin mengikut adat Kristian tular.
Bagaimanapun video tersebut merupakan video lama yang dipercayai tersebar semula di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Isu mula timbul apabila netizen mendakwa pasangan pengantin melakukan 'vow exchange' seperti pengantin Kristian.
Video berdurasi 1 minit 18 saat yang menimbulkan perbahasan dan rasa kurang senang orang ramai itu, telah menyebabkan seorang wanita mendakwa dirinya sebagai kakak pasangan pengantin bernama Emyliana Nukman, tampil membuat penjelasan menceritakan hal sebenar.
"Assalamualaikum buat semua admin page yang berkenaan serta keyboard warrior yang memberi komen negatif mahupun positif berkenaan video majlis adik perempuan saya yang berlangsung di Melbourne, Australia.
"Di sini, saya ingin memberi sedikit penjelasan berkaitan dengan video telah diviralkan.
"Pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, bersama saksi dan kadi. Kadi tersebut adalah orang Islam yang tinggal di Australia lebih 20 tahun.
"Selesai upacara akad nikah, kedua pengantin diminta untuk duduk berhadapan dan menyarungkan cincin antara mereka sambil kadi membacakan ikrar perjanjian atau lafaz ikrar yang mana di Malaysia kita guna perkataan “taklik” manakala di sana menggunakan perkataan “vow exchange” yang dilafazkan dalam Bahasa Inggeris.
"Untuk pengetahuan admin dan pengkritik, itu tidak ada kena mengena dengan syiah. Saya dan ahli keluarga masih berpegang pada ajaran yang betul dan golongan ahli sunnah wal jamaah. Saya tidak pasti apakah tujuan orang yang upload video tersebut sehingga menjadi fitnah. Wallahua’lam.
"Kita di bulan Ramadan wahai saudara seagamaku. Jangan cepat melatah, jangan cepat menghukum. Mampukah saudara semua utk memohon maaf pada ahli keluarga kami? Sesungguhnya dipihak saya, saya ampunkan dosa kalian sekiranya kalian memohon maaf dari kami. Ramadhan Kareem.
"Jadi buat pengkritik semua, sebelum menyebarkan suatu berita tolong semak kesahihan berita tersebut bimbang-bimbang berlaku fitnah. Tambahan lagi ini adalah video lama yang dimuat-naik kembali oleh netizens yang tidak tahu apa tujuan sebenar ia disebarkan," jelasnya.
Diharapkan agar semua memahami apa yang diperjelaskan oleh kakak pengantin dan isu ini tidak akan dibangkitkan lagi pada masa depan.
Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tKVCZZ
via IFTTT