Minuman teh hangat sememangnya menjadi pilihan setiap kali menjelang pagi. Gabungan rasa sedikit manis dan pahit, menyegarkan tekak dan melegakan perut. Minuman yang tepat untuk menikmati keceriaan di pagi hari.
Madu sering disebut-sebut sebagai alternatif gula yang lebih menyihatkan. Bagi merasai kelainan, ramai yang mengkombinasikan teh manis hangat bersama campuran pemanis madu. Namun, sedarkan anda akan kesan pengambilan minuman teh yang dicampurkan madu terhadap tubuh anda?
Apa yang terjadi bila anda minum air teh yang dicampurkan dengan madu?
Ini yang akan terjadi!
Meningkatkan Daya Fokus
Perpaduan teh dan madu akan membuat tubuh lebih fresh dan otak yang lebih konsentrasi. Sedikit unsur kafein dalam teh akan membuat tubuh fresh tanpa efek sampingan seperti kopi. Madu juga akan membuat mood tetap bagus. Maka minumlah teh campur madu menjelang ujian atau meeting.
Membakar Kalori
Padukan teh (terutama teh hijau) dan madu, maka anda akan mempercepat proses metabolisme tubuh. Ertinya.. tubuh anda membakar kalori lebih cepat. Makin banyak kalori dibakar, makin terkikis lemak di tubuh anda. Maka lebih baik minum teh campur madu setiap hari. Tapi madunya jangan banyak.
Menguatkan Tulang
Mereka tak suka minum susu tetap miliki tulang yang kuat. Campuran teh bersama madu dapat membuat tulang kuat dari dalam. Malah, kandungan zat besi, kalium, dan kalsium dalam madu bukan sahaja menguatkan tulang, tetapi juga otot.
Mencegah kanser
Salah satu manfaat kesihatan yang penting dari teh hijau dengan madu adalah dapat memberikan anda zat antioksidan yang luar biasa. Zat ini mampu menjaga kesihatan sel tubuh Anda dan membuat Anda terhindar dari kanser.
Meningkatkan Kesihatan Gigi
Gigi berlubang, plak, dan masalah gigi lainnya dapat Anda atasi dengan minum teh hijau madu. Hal ini disebabkan kerana kandungan katekin di dalam teh hijau yang dikombinasikan dengan madu mampu melawan bakteria streptococcus mutans yang menyebabkan masalah gigi.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sWJLtv
via IFTTT