Merokok ni, bukan kata bahayakan diri sendiri je, anak isteri pun sama dapat kesan buruknya.Tapi tulah nak berhenti ketagihan rokok ni bukannya mudah, macam-macam kena hadapi kesan sampingannya seperti demam, lesu, loya dan sebagainya.
Jika macam-macam cara dah guna untuk berhentikan ketagihan merokok ni, tapi tak berjaya,isteri-isteri boleh tolong suami tersayang, cuba ikut petua ni. Manalah tau serasi. Siapa tak sayang suamikan!
Insya Allah dalam masa 3 minggu perokok akan mula hilang ketagihan pada rokok. Bau rokok pun taknak.
Bahan-Bahan:
Cuka Epal
1 gelas Air Suam
Cara-caranya:
Kaedah 1
1. Kumur Cuka Epal seperti berkumur dengan menggunakan cecair antiseptik pembersih mulut dalam 30saat sehingga 1 minit kemudian buang.
2. Lakukan sekurang- kurangnya 2 kali sehari.Jika diamalkan boleh menyegarkan nafas,mengharumkan bau mulut dan mengalihkan bau rokok kepada loya.Insya Allah.
Kaedah 2
1. Ambil 3 sudu Cuka Epal dan campurkan dengan segelas air suam. Kacau sebati, kemudian diminum.
2. Amalkan setiap pagi dan petang, serta sebaiknya disudahi selepas itu dengan meminum satu sudu madu .
Selamat Mencuba!
Sumber : Mingguan Wanita
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sRZREI
via IFTTT