Wednesday, 31 May 2017

Video 'Lembaga' Singgah Solat Dan Mengaji Selepas Sahur Bikin Bulu Meremang..


Sepotong rakaman video yang tular sejak semalam mampu membuatkan bulu roma anda berdiri .

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @affaadnan telah dirakamkan oleh abangnya di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Dalam video terbabit, terdapat satu lembaga lengkap bertelekung sembahyang duduk dalam tahiyat akhir sambil mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran.

VIDEO


Tidak dapat dipastikan kesahihan rakaman terbabit namun rata-rata netizen menganggap kejadian itu perkara biasa dan sering terjadi sebelum ini.

Abang saya bersendirian ketika itu kerana anak dan isterinya pulang ke kampung. Selepas solat Subuh terjadi perkara ini.

"Katanya, makhluk ini mengaji menggunakan al-Quran yang diletakkan di ruang tamu.

"Apa yang boleh dilakukan, dia membiarkan makhluk itu selesai bersolat dan dia meninggalkan rumah sejurus kemudian," tulis pengguna Twitter itu.

Netizen beranggapan makhluk yang dimaksudkan itu adalah jin Islam yang menumpang dan diharapkan kejadian itu memberi petanda yang baik.

"Bahkan kalau katil kita kemas elok dan tinggalkan beberapa hari, kati itu akan ada kesan renyuk dan badan orang baring," tulis @MDNISH97.

Menerusi video tersebut makhluk itu membacakan surah Al-Baqarah ayat 107-109 yang mengandungi maksud tentang kekuasaan Allah dan kewujudan makhluk di muka Bumi.

"Bulu roma meremang baca terjemahan surah itu. Ada hikmah apa yang terjadi," tulis Rukia Chan.

Bagaimanapun, netizen masih menunggu perkembangan lanjut yang terjadi kepada keluarga tersebut yang 'berpeluang' bertemu dan melihat dengan mata kasar salah satu makhluk ciptaan Allah.

Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rVV9WF
via IFTTT

Boleh Ke Ambil Chia Seed Ketika Berpuasa? Jom Semak Cara Makan Yang Betul & Kesannya Dulu!..


Hebat sungguh penangan chia seed ini. Tambah pula pada bulan puasa ini, ramai yang kongsi tip minum susu campur chia seeds! Malahan ada yang kata jika mengamalkannya boleh kurus. Lagilah ramai yang suka.

Namun disebabkan ikut-ikutan, ada yang mengalami kesan sampingan pengambilan chia seed. Barulah ada yang tertanya-tanya, chia seeds ini ada kesan buruk ke?

Ada sesiapa pernah mengalami kesan sampingan akibat pengambilan chia seed?

Antara kesan sampingan makan chia seed tanpa cara yang betul ialah:

  • Sakit kepala
  • Demam
  • Selsema

Itu antara kes yang ringan. Penyelesainnya minum air secukupnya selepas itu mengurangkan kesan yang berlaku tadi.

Kes yang berat yang pernah terjadi ialah apabila chia seed menghalang saluran esofagus menyebabkan kesukaran bernafas.

INILAH PUNCANYA



Sebenarnya chia seed boleh menyerap sehingga 27 kali ganda air. Apabila chia seeds dimakan tanpa direndam, ia akan menyerap air di dalam badan. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti kesukaran menelan ada kemungkinan chia seeds yang telah menyerap air tadi yang telah kembang di dalam badan berkumpul dan terhalang di esofagus. 

Akhirnya ia menyebabkan kesukaran menelan. Hanya pegawai perubatan sahaja yang akan dapat menyelesaikan masalah ini. Jadi, jika anda telah makan chia seeds dan rasa sukar untuk menelan selepas itu, sebaiknya berjumpalah dengan doktor.

Jadi bagi yang makan chia seed tanpa direndam hingga kembang akan rasa dahaga teramat sangat. Kekurangan air di dalam badan itulah yang menyebabkan sakit kepala dan demam. Chia seed tadi telah menyerap air di dalam badan.

CARA YANG MAKAN YANG BETUL

Bagi yang ingin menikmati chia seed, chia seed sepatutnya direndam terlebih dahulu sehingga ia menyerap air sepenuhnya dan akan kelihatan gel di sekelilingnya. Dan sukatannya pula jangan terlalu banyak. Memadai satu sudu kecil sehari sehingga badan serasi untuk menambah sukatannya.

Walaupun chia seed amat baik untuk kesihatan kerana mengandungi kalsium, fiber, protein dan Omega 3 cara pengambilan yang salah boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Jadi sila beringat dan pastikan anda makan chia sedds dengan cara yang betul, ya!

Sumber: Mingguan Wanita


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qCx8jD
via IFTTT

Mangsa Tidak Mencabul, Cuma Tersalah Masuk Tandas Wanita, Saksi


ALOR SETAR: Adik kepada suspek yang meninggal dunia selepas dipukul orang awam kerana disyaki mencabul seorang wanita di bangunan menjual peralatan komputer dan telefon bimbit di Jalan Putra meminta pihak polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kematian adiknya itu.

Adik mangsa yang dikenali sebagai Fizah, 20, berkata kejadian ini tidak patut berlaku memandangkan abangnya (suspek) berusia 31 tahun tidak diberi peluang untuk membela diri dan dipukul sebegitu rupa. “Sejak malam tadi doktor memberitahu abang tidak mempunyai harapan untuk diselamatkan kerana otaknya sudah mati.

“Kami sangat mengharapkan abang dapat kembali pulih bagi menerangkan kejadian sebenar, tetapi Allah lebih sayangkan abang,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini.


Fizah berkata, Allahyarham adalah anak ke-4 dari 7 beradik. Arwah menghembuskan nafas terakhir di zon merah HSB tengah hari tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Ahad lalu, seorang lelaki dipukul oleh orang awam selepas dipercayai cuba mencabul seorang wanita di dalam tandas premis tersebut. Suspek bagaimanapun gagal melarikan diri selepas wanita terbabit menjerit dan meronta sebelum suspek ditahan dan dipukul oleh orang awam yang berada di premis itu.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sf3Rwl
via IFTTT

Heboh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia..Betul Ke??


Kecoh sekarang ini tentang khabar angin yang mengatakan aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan yang didakwa telah meninggal dunia akibat daripada nahas kapal terbang peribadinya yang dikatakan terhempas.

Menurut sumber, ada pula individu yang tidak bertanggungjawab telah mewujudkan akaun facebook R.I.P Shah Rukh Khan untuk menarik perhatian para netizen dan dikatakan akaun ini telah menerima hampir 1,000,000 like.

“Pada kira-kira 11 pagi, Ahad lalu (28 Mei 2017), pelakon yang kita cintai Shah Rukh Khan meninggal dunia. Shah Rukh Khan dilahirkan pada 2 November 1965 di New Delhi. Pemergiannya akan dirindui tapi tidak akan dilupakan.

“Sila tunjukkan simpati dan takziah anda dengan menulis komen di laman Facebook ini,” tulis status pada berita palsu tersebut.

Rentetan daripada berita kematian Shah Rukh Khan itu, beratus-ratus ucapan takziah dan rasa simpati telah diluahkan pada ruangan komen status tersebut.

Walau bagaimanapun, ada segelintir pihak yang meragui dan tidak percaya akan berita ini kerana telah berlaku terlalu banyak berita palsu tentang kematian artis terkenal.

Mereka juga berkata, pihak yang sepatutnya melaporkan berita ini adalah daripada pihak media dan bukan hanya sekadar di laman facebook.

Isnin lalu, wakil Shah Rukh Khan sendiri telah memberikan kenyataan dengan menafikan berita ini.

"Beliau kini turut termasuk dalam senarai panjang selebriti yang menjadi mangsa penipuan ini. Dia masih hidup dan berada dalam keadaan baik. Berhenti mempercayai apa yang anda baca di Internet," ujarnya.

Sumber: Media Hiburan


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rFpRDF
via IFTTT

Tak Dapat Balik Raya, Cari Duit Lebih Untuk Mak


BATU PAHAT: "Mak, saya tak dapat balik raya nanti sebab nak kerja cari duit banyak-banyak untuk mak." Itulah ungkapan akhir seorang nelayan remaja sebelum hilang di laut selama enam hari dan mayatnya ditemui jam 9.10 pagi tadi. 

Mohd Syami Hasing, 17, hilang ketika menangkap ikan di Perairan Pontian, jam 1 tengah hari Jumaat lalu sebelum mayatnya ditemui di Perairan Sungai Ayam, di sini, kira-kira 40 batu nautika dari tempatnya hilang. Dalam kejadian itu, bot tunda dinaiki bersama tiga rakannya yang lain terbalik akibat dipukul ribut dan angin kencang menyebabkannya hilang manakala tiga rakannya dapat menyelamatkan diri. 

Ibunya, Rosnah Laivah, 61, tidak menyangka pesanan akhir anak bongsunya itu sehari sebelum kejadian yang menyatakan tidak dapat pulang berhari raya kerana mahu mencari wang menjadi kenyataan. Rosnah berkata, dia menyangka anaknya itu sekadar bergurau apatah lagi beliau baharu berpindah ke Endau, Mersing dari Kudat, Sabah untuk bersama anak-anaknya yang lain yang sudah setahun berhijrah ke negeri ini untuk mencari rezeki. 

"Amir (Mohd Syahmi) menelefon saya sehari sebelum kejadian kerana mahu memberitahu tidak dapat pulang ke Endau untuk berpuasa serta berhari raya kerana mahu mencari duit untuk saya. 

"Kami memang miskin dan terpaksa berhijrah dari Kudat ke Johor bagi mencari sinar baharu namun tidak menyangka hajat Amir untuk membahagiakan saya dan keluarganya tidak kesampaian. 

"Apatah lagi mengenangkan dia sanggup tinggal seorang diri menyewa di Pontian dan bekerja sebagai nelayan sejak setahun lalu bagi mencari wang untuk keluarga," katanya sebak ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, hari ini. 

Terdahulu, Rosnah membuat pengecaman ke atas jenazah anaknya itu di unit berkenaan.

Sumber: Berita Harian Online


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qAYxlW
via IFTTT

Hukum Bersetubuh Sebelum Mandi Wajib Selepas Haid


Soalan:

Assalamualaikum wbt,

Saya sudah berkahwin. Sewaktu isteri saya selesai tempoh haid, saya terus melakukan hubungan seksual dengannya tanpa menunggunya mandi wajib terlebih dahulu. Adakah saya berdosa? Saya adukan hal ini kepada sebahagian pihak dan mereka menjawab saya wajib membayar kafarah. Benarkah hal itu? Mohon penjelasan.

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.

Adapun berkenaan dengan soalan yang ditanyakan, di dalam mazhab Imam al-Syafie, haram hukumnya seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, atau dalam keadaan sudah terhentinya darah haid tetapi belum mandi. Ini berdalilkan firman Allah Taala:

وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ

Maksudnya: Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. (Surah al-Baqarah, 222)

Maka hukumnya berdosa besar bagi seseorang lelaki menyetubuhi isteri ketika haid, secara sengaja, mengetahui hukum haramnya, dan tanpa lupa dan dipaksa. Maka hendaklah dia bertaubat kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taubat. Suami juga disunatkan membayar kaffarah kepada golongan faqir atau miskin menggunakan matawang Islam, iaitu emas tulen.

Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas r.a.:

إِذَا وَاقَعَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ وَهِيَ حَائِضٌ إِن كَانَ دَمًا أَحْمَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِدِينَارٍ وَإِن كَانَ أَصْفَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِنصْفِ دِيْنَارٍ

Maksudnya: Jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya sedangkan dia sedang haid, jika darahnya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar dan jika darahnya kekuningan maka hendaklah dia bersedekah dengan separuh dinar. Riwayat Abu Daud. Al-Hakim mensahihkannya.

Bayaran itu hendaklah dibayar oleh si suami dan bukan si isteri kerana lelaki itu yang menyetubuh. Begitu juga jika dia bersetubuh apabila berhentinya darah haid tetapi belum mandi, maka keadaan wanita itu dianggap sama seperti yang keluar darah kekuningan. Ertinya, sunat dibayar denda separuh harga dinar.

Rujuk al-Iqna` oleh Imam al-Khatib al-Syarbini (146-147)

Satu dinar adalah 4.25 gram emas dan separuh dinar adalah 2.125 gram. Manakala jenis emas yang mempunyai ketulenan yang tinggi adalah 24 karat (24k).

Justeru dalam kes di atas, hendaklah si suami bertaubat nasuha atas kesilapan yang dilakukan. Sunat dilakukan solat sunat taubat dan juga membayar kafarah separuh dinar emas kepada faqir dan miskin, walaupun kepada seorang.

Semoga Allah menerima taubat kita dan memperbaiki urusan kita.

Wallahua’lam.

Sumber: Suara Media


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2roRss1
via IFTTT

"Tergantung di Tumit-tumit Mereka Dengan Tulang Rahang Pecah" Siksa Neraka Bagi Mereka yang Enggan Berpuasa

Gambar Hiasan

Puasa di bulan ramadhan adalah diwajibkan bagi seluruh umat islam yang telah akhir baligh, memiliki akal sehat, tidak dalam masa subur haid dan nifas.

Namun nyatanya masih saja banyak orang yang memiliki kesanggupan dalam menjalankan ibadah puasa malah melalaikannya. Padahal, secara jelas ancaman dahsyat bagi orang-orang yang dengan sengaja tidak menjalankan puasa tanpa sebab alasan yang dibenarkan syariat.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditunjukkan oleh Allah melalui malaikatNya, bagaimana siksa neraka untuk orang-orang yang tidak berpuasa.

Dalam sebuah hadits shahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, Rasulullah bersabda tentang satu kondisi penghuni neraka yang dilihatkan kepada beliau:

فإذا أنا بقوم معلقين بعراقيبهم مشققة أشداقهم تسيل أشداقهم دما قال قلت : من هؤلاء ؟ قال : هؤلاء الذين يفطرون قبل تحلة صومهم

”Aku melihat orang-orang yang tergantung di tumit-tumit mereka, tulang rahang mereka pecah dan meneteskan darah. Aku bertanya, ‘Siapa mereka?’ Dia menjawab, ‘Orang-orang yang berbuka sebelum halal bagi mereka untuk berbuka’” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib dijelaskan bahwa maksud orang-orang yang berbuka sebelum halal bagi mereka untuk berbuka adalah berbuka sebelum waktunya. Secara umum, maksudnya adalah tidak berpuasa. Karenanya bab hadits ini diberi judul “Ancaman tidak berpuasa di bulan Ramadhan tanpa udzur.”

Demikianlah ancaman siksa neraka untuk orang yang tidak berpuasa. Sedangkan bagi umat Islam yang berpuasa atas landasan iman dan semata mengharap pahala dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, Dia akan memberikan ampunan untuk dosa-dosa hamba tersebut yang telah lalu.

Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan atas landasan iman dan mengharap pahala dari sisi Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Selain itu, bagi umat Islam yang menunaikan puasa, Allah menyediakan kegembiraan ketika kelak hamba tersebut berjumpa denganNya. Allah juga menyediakan satu pintu khusus di surga bernama Ar Rayan bagi hamba-hambaNya yang ahli puasa, dikutip dari ramadhan.

Sumber: Islam Itu Indah


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2selJYu
via IFTTT

VIRAL! Suami Pening Kepala Apabila ISTERI Mengandung Mengidam Nak Naik UFO..!!


Sebagai seorang suami kena faham, ketika ditempoh isteri mengandung, macam-macam permintaannya. Biasanya mengidam makanan pelik-pelik tu kebiasaan untuk wanita mengandung, makin payah nak cari benda tu, benda tu lah yang diorang nak mengidam.

Namun, berlainan pula kes dengan lelaki ini, mana tidaknya kalau si isteri mengidam nak naik UFO???.. Jom kita baca kisahnya…




from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rUouAS
via IFTTT

Ibu Suspek Kes Cabul Yang Dibelasah Sehingga Mati Akhirnya Tampil Beri Penjelasan


Baru-baru ini viral beberapa rakaman video seorang lelaki dipukul oleh beberapa orang awam. Lelaki yang dibelasah orang awam itu dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah pusat membeli belah di Alor Setar, Kedah.

Paling mengejutkan adalah lelaki yang dipukul itu telah meninggal dunia setelah koma dari Ahad lalu.

Lelaki yang koma selepas dibelasah di kompleks beli-belah di Jalan Putra, Alor Setar, Ahad lalu kerana didakwa mencabul wanita dalam tandas meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), 12.30 tengah hari, hari ini.

Kes Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kematian lelaki berusia 30 tahun itu dan berkata kes itu kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Lima individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun ditahan hari ini di Alor Setar berdasarkan gambar mereka dalam video yang ditularkan dalam media sosial.

“Terdapat lagi individu yang masih dikesan dan kita minta mereka serah diri segera. Suspek yang ditahan dijangka akan direman hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya hari ini.

Dalam kejadian 4 petang itu, lelaki terbabit didakwa cuba memeluk wanita berusia 21 tahun dari depan dengan menekup mulut mangsa sebelum wanita itu menggigit tangannya tetapi ditumbuk di perut.

Bagaimanapun, kejadian itu disedari beberapa individu yang berada di luar tandas selepas terdengar jeritan mangsa menyebabkan lelaki itu dibawa ke tingkat bawah bangunan dan dibelasah.

Lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada anggota Unit Peronda Polis (MPV) sebelum membawanya ke HSB untuk mendapatkan rawatan.

Ketika itu, dia berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Zon Merah HSB akibat kecederaan parah di kepala.

Sampai Hati Depa Pukul Anak Mak Cik

Memetik laporan Harian Metro, ibu suspek bernama Rusni Saad, 58, tidak menyangka orang ramai tergamak membelasah anaknya sebegitu rupa kerana dia memahami perangai anaknya.


“Sampai hati depa (mereka) pukul anak mak cik. Kalau betul dia salah, serah saja pada polis bukannya pukul sampai mati. Mak cik tak boleh terima apa yang mereka buat sehingga anak diperlakukan seperti yang dilihat dalam rakaman video itu,” ujar Rusni ketika ditemui.

Dia turut memberitahu bahawa anak-anaknya yang lain telah melihat rakaman video yang menunjukkan anaknya dibelasah kerana dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita adalah satu salah faham.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2roqS2e
via IFTTT

Doa Selepas Azan, Rahsia Syafaat Rasulullah SAW Yang Ramai Akan Menyesal Sebab Selama Ini Tidak Mengamalkannya...


Azan adalah kalimat yang sentiasa berkumandang di negara kita. Sebagai Muslim, seruan azan ini amat penting kerana ia menjadi tanda masuknya waktu solat fardu lima kali sehari semalam. Mereka yang me­nunggu-nunggu waktu solat dinyatakan oleh Rasulullah SAW sebagai antara tujuh golongan yang mendapat perlindungan di akhirat kelak.

Gambaran tentang keadaan di mahsyar sudah banyak kita dengar dan baca. Umumnya ia adalah keadaan yang amat sulit dan sukar diluahkan dengan kata-kata. Bagi menggambarkan suasana itu, Allah berfirman yang bermaksud:

"Pada hari ketika manusia lari daripada saudaranya, daripada ibu bapanya, daripada isteri dan anak-anaknya. Setiap orang daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya". (Abasa: 34-37)

Di mahsyar, jutaan manusia berkumpul, tingkah lakunya tidak keruan, merasakan sangat lapar dan dahaga, panas terik kerana matahari berada sejengkal di atas kepala. Masing-masing sangat susah sehingga badannya panas, otaknya mendidih, menangis dengan keluh kesah dan menyesal. Menyesali perbuatannya ketika di dunia.

Keadaan yang sangat panas menyebabkan peluh mengalir deras persis diperah. Peluh orang sekian banyak memenuhi mahsyar sehingga seperti air bah. Semua orang tenggelam oleh banjir peluh.

Ada yang sampai buku lali, ada yang sampai ke betis, ada yang sampai ke lutut, ada yang sampai ke paha dan ada yang tenggelam terus dalam peluh. Semua itu menurut dosa masing-masing ketika di dunia.

Setelah manusia merasakan kesusahan yang tidak ter­hingga beribu tahun lamanya, dan kesudahan yang mencapai puncaknya, maka mereka mencari syafaat (pertolong­an) para nabi supaya memohon syafaat kepada Allah.

Justeru amat penting bagi kita berusaha melakukan amalan yang mana akan menjamin Rasulullah SAW memberi syafaat dalam saat-saat yang sangat genting di mahsyar. Antara amalan yang mudah tetapi mampu memberi syafaat adalah membaca doa selepas azan. Sayangnya masih ramai yang tidak mengambil serius bab ini.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya;

“Siapa yang mengucapkan selepas mendengar azan: Allaahumma Rabba hadzihi al-da’wati al-taammati wa al-solati al-qa-imah, Aati Muhammadan al-wasilata wa al-fadhilah, wab’atshu Maqaman Mahmudan alladzi wa’adtah” (Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini dan solat yang didirikan, berilah kepada Muhammad al-wasilah dan kelebihan, dan bangkitkan baginda di kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan baginya); maka halal baginya syafaatku pada hari kiamat. (Riwayat Bukhari)

Secara umum, syafaat bererti perantara seseorang de­ngan yang lain; sama ada antara manusia dengan manusia, atau dalam isu ini antara hamba dengan Allah, demi mendapat maslahat atau menolak mudarat. Syafaat Nabi SAW bermaksud Rasulullah SAW menjadi perantara antara umat baginda dengan Allah SWT.

Rasulullah SAW dikurniakan syafaat Al-Uzhma (yang paling besar) seperti yang disebut dalam hadis di mana semua nabi menolak memberi syafaat sehingga akhirnya manusia pergi kepada Nabi Muhammad SAW.

Kedua, syafaat kepada ahli syurga untuk masuk syurga. Rasulullah akan menjadi penghulu bagi seluruh ahli syurga.

Ketiga, syafaat untuk pak cik baginda, Abu Talib. Walaupun mati dalam kekufuran, disebabkan beliau menjaga nabi daripada gangguan kafir Quraisy, Allah mengizinkan Rasulullah memberi syafaat kepadanya dengan dikurangkan azab neraka ke atasnya. Azab paling minimum itu di mana api neraka hanya sampai di pergelangan kakinya pun begitu, ia menggelegakkan otak.

Keempat, syafaat untuk mengeluarkan pelaku dosa besar atau kecil dari neraka dan dimasukkan ke syurga, dan kepada orang yang masuk neraka untuk tidak masuk neraka.

Sumber: Utusan


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qFnyLY
via IFTTT

BR1M 2017 Peringkat Kedua Dibayar Mulai 5 Jun - Johari


KUALA LUMPUR: Pembayaran peringkat kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dibuat mulai 5 Jun ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini.

Beliau berkata pembayaran yang bersempena sambutan Hari Raya Adilfitri itu melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama sebelum ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun ini.

"Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima, dan bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my

- BERNAMA


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qF255F
via IFTTT

Udang Palsu Sudah Masuk Malaysia?


PETALING JAYA: Sekali pandang memang nampak macam udang tapi sebenarnya bukan!

Perkara ini didedahkan oleh seorang lelaki dalam sebuah video yang kini tular di media sosial.

Lelaki berkenaan juga mendakwa udang jenis mata kecil itu adalah produk buatan China dan mengandungi banyak bahan kimia.

Menerusi video berdurasi satu minit 32 saat itu, lelaki berkenaan telah menunjukkan demonstrasi bagi membezakan udang yang didakwa palsu berbanding udang asli.

“Udang asli bila kita rebus, ia terus merah, tapi udang jeli tak merah,” katanya dalam video tersebut yang ditujukan untuk masyarakat Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur.

Selepas udang tersebut direbus dan diangkat dari dalam kuali, dia menunjukkan tekstur udang yang didakwa palsu itu.

“Yang tiruan seperti jeli,” katanya sambil menggerak-gerakkan udang yang dipegang.

“Kalau udang betul, tak macam ni, ia keras. Rasanya juga tak macam udang, nampak saja macam udang,” dakwanya.

Laporan tentang makanan palsu bukanlah satu perkara baharu di negara ini.

Sebelum udang jeli ini muncul, terdapat beberapa laporan mengenai telur, beras dan tembikai, juga didakwa palsu dan dibawa masuk dari China. 


Sumber: mStar Online


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rTr89W
via IFTTT

Aamir Khan Bakal Sambut Raya Tanpa Isteri Kerana Berlainan Agama


Nama bintang Bollywood iaitu Aamir Khan bukanlah asing lagi di Malaysia. Dia juga popular sebaris dengan nama bintang lain seperti Shah Rukh Khan dan Salman Khan.

Walaupun beragama Islam dan sudah menunaikan ibadah haji, Aamir Khan di katakan tidak menyambut aidilfitri dengan isterinya lantaran mereka tidak sama agama. Isteri dan anaknya di khabarkan akan bercuti apabila Aamir Khan menyambut hari lebaran.

Menurut Aamir Khan, dia tidak terkilan dan kesepian kerana menyambut hari raya tanpa isteri dan anak kerana dia akan menyambut Aidilfitri bersama dengan sepupunya.

Aamir Khan pernah berkahwin dengan isteri pertama pada tahun 1986 dan berpisah pada tahun 2002 dan menikah dengan isterinya terbaru 2 tahun kemudian sehingga sekarang.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rmNcZU
via IFTTT

Mohd Ramadan, Nama Istimewa Sempena Bulan Ramadhan Untuk Bayi Yang Dibuang


TEMERLOH: Seorang bayi lelaki yang ditemui di dalam tong sampah selepas dibuang akan diberikan nama Mohd Ramadan sempena keberkatan bulan Ramadhan.

Bayi malang ini dijumpai dalam keadaan cukup sihat dan bertali pusat oleh penduduk Taman Temerloh Jaya selepas menunaikan solat Subuh di masjid berdekatan.

Kini bayi ini ditempatkan di wad penjagaan intensif bayi (NICU) di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata,”Bayi berkenaan berada dalam keadaan baik walaupun terdapat sedikit luka sepanjang tiga sentimeter di atas kepala sebelah kanan.”

“Selama seminggu, bayi lelaki ini akan dijaga oleh pihak hospital untuk rawatan dan pemerhatian,” tambah beliau seperti yang dipetik daripada BERNAMA.

Beliau turut menjamin pihak kerajaan negeri akan membantu segala aspek kebajikan baji ini serta akan ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak yang diperakui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Setakat ini, pihak JKM juga telah menerima banyak permohonan untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat.

Namun begitu, Shahaniza Shamsuddin berkata, proses ini akan mengambil sedikit masa dan melalui beberapa prosedur.

Bayi ini juga hanya boleh diambil sebagai anak angkat jika tiada tuntutan hak penjagaan daripada keluarga bayi berkenaan.

Berkenaan kes pembuangan bayi ini, Shahaniza menasihati para remaja dan wanita khususnya di Pahang supaya menjaga diri dan mengelak daripada pergaulan bebas bagi melindungi daripada kejadian hamil luar nikar.

Beliau yang ditemani Pengarah JKM, Zulkhairi Zainal Abidin turut menasihati supaya para remaja wanita tidak takut untuk melaporkan insiden ini kepada pihak JKM.

“Jangan takut sebab kami tidak akan mengambil tindakan malah identiti mereka juga akan dirahsiakan. JKM bersedia untuk menjaga mana-mana wanita yang hamil luar nikah sehingga mereka melahirkan anak dan jika mereka tidak mempunyai tempat untuk dituju,” pesan beliau.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sla35f
via IFTTT

Alasan Kuat Kenapa Allah SWT Turunkan Nabi Isa, Bukan Nabi Muhammad Menjelang Kiamat !!!

Gambar Hiasan

Dikisahkan, pada zaman Nabi Isa AS, banyak kaumnya yang ingkar. Tak hanya itu, hingga ada umatnya sendiri yang menyebar fitnah soal Nabi Isa dan bertekad membunuhnya. Fitnah itu ternyata berhasil mempengaruhi umat lainnya dan setuju untuk membunuh Nabi Isa AS.

Namun, Allah SWT menyelamatkannya dan diambil dari bumi. Rupa pengkhianat itu disamakan rupanya dengan Nabi Isa, hingga dialah yang terbunuh. Allah SWT menyelamatkan Nabi Isa ternyata juga ada alasan lain, yakni untuk menyelamatkan umat Rasulullah saat kiamat tiba.

Berdasarkan hadist dengan sanad yang shahih, dijelaskan bahwa nanti pada hari kiamat atau akhir zaman akan muncul sosok Dajjal yang jahat dan akan dibunuh oleh Nabi Isa ‘Alaihi Salam. Namun, kenapa harus Nabi Isa? Kenapa tidak Rasulullah Sendiri yang membunuh Dajjal tersebut? Rasulullah SAW bersabda.
إِنْ يَخْرُجِ الدَّجَّالُ وَأَنَا حَىٌّ كَفَيْتُكُمُوهُ وَإِنْ يَخْرُجِ الدَّجَّالُ بَعْدِى
“Jika Dajjal telah keluar dan saya masih hidup maka saya akan membela (menjaga) kalian, namun Dajjal keluar sesudahku” (HR. Ahmad; hasan)
Mengapa Nabi Isa yang kemudian ditugaskan membunuh Dajjal?
Pertama

Nabi Isa tidaklah dibunuh dan disalib sebagaimana persangkaan orang-orang Yahudi dan Nasrani. Namun, Nabi Isa diangkat oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sedangkan orang yang disalib saat itu adalah laki-laki yang diserupakan dengan Nabi Isa.
وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ
“Dan karena ucapan mereka (orang-orang Yahudi): Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka” (QS. An Nisa’ : 157)
Diturunkannya Nabi Isa di akhir zaman akan menjadi bukti kebenaran firman Allah dan menjungkirbalikkan keyakinan orang-orang Nasrani.
Kedua

Ketika peristiwa kiamat terjadi, Romawi (Nasrani) adalah bangsa mayoritas. Allah hendak menunjukkan kedustaan dan kepalsuan apa yang mereka adakan atas nama Allah terhadap Isa bin Maryam yang mereka nyatakan sebagai penebus dosa dan anak Allah.
Selain itu, Nabi Isa juga akan mematahkan salib dan membunuh babi. Salib yang selama ini menjadi simbol kemusyrikan kaum Nasrani dan babi yang selama ini dianggap halal oleh mereka.

لَيْسَ بَيْنِى وَبَيْنَهُ نَبِىٌّ – يَعْنِى عِيسَى – وَإِنَّهُ نَازِلٌ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَاعْرِفُوهُ رَجُلٌ مَرْبُوعٌ إِلَى الْحُمْرَةِ وَالْبَيَاضِ بَيْنَ مُمَصَّرَتَيْنِ كَأَنَّ رَأْسَهُ يَقْطُرُ وَإِنْ لَمْ يُصِبْهُ بَلَلٌ فَيُقَاتِلُ النَّاسَ عَلَى الإِسْلاَمِ فَيَدُقُّ الصَّلِيبَ وَيَقْتُلُ الْخِنْزِيرَ وَيَضَعُ الْجِزْيَةَ
“Tidak ada nabi (yang hidup) antara masaku dan ‘Isa. Sungguh, kelak ia akan turun, jika kalian melihatnya maka kenalilah. Ia adalah seorang laki-laki yang sedang (tidak tinggi dan tidak terlalu pendek), berkulit merah keputih-putihan, beliau memakai di antara dua kain berwarna sedikit kuning. Seakan rambut kepala beliau menetes meski tidak basah. Beliau akan memerangi manusia hingga mereka masuk ke dalam Islam, beliau akan menghancurkan salib, membunuh babi dan menghapus jizyah” (HR. Abu Daud; shahih) ⠀
Ketiga

Allah hendak menunjukkan kepada orang-orang yang mengada-adakan agama dan keyakinan trinitas bahwa hanya Islam-lah yang diridhai Allah. Sehingga Allah menurunkan Nabi yang mereka anggap Tuhan untuk memperkuat bahwa hanya Islam-lah agama yang benar, sebagaimana hadits di atas.
Keempat

Turunnya Nabi Isa ke bumi adalah menandakan bahwa ajalnya sudah dekat dan akan dikuburkan di bumi, karena makhluk yang tercipta dari tanah akan kembali ke tanah. ⠀
Kelima

Sebagai bentuk penghormatan bahwa Rasulullah lebih mulia dibanding dirinya. Bahkan Nabi Isa pernah berkata kepada para ummatnya bahwa akan datang seorang Rasul sesudahnya. Dalam al-Quran, perkataan Nabi Isa itu terdapat dalam surat as-Shaff ayat 6,
‘Dan (ingatlah) ketika Isa Ibnu Maryam berkata, ‘Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, yang membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)…’ ⠀

Beliau ( Nabi Isa) turun ke bumi bukan untuk membawa agama baru atau menyebarkan agama nasrani di jamannya, tapi menyebarkan agama yang diridhoi Allah SWT yang disebarkan oleh Rasulullah, yakni agama islam. Karena islamlah agama terakhir dan tiada Nabi setelah Muhammad SAW.

Merasa artikel ini bermanfaat? Share ke teman-temanmu juga yuk untuk amal baikmu! LIKE juga fanspage kami untuk mengetahui informasi bermanfaat dan menarik lainnya..

Sumber: http://biskutmanis.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rmL4RS
via IFTTT

Tuesday, 30 May 2017

Suami Jadi Gila Baca Wassap Isteri Dan Kekasih, Mana Sedap? I Ke Hubby You?


Ada yang mendakwa phone milik lelaki tersebut hilang dan dijumpai oleh seseorang. Yang menjumpa segera semak apa yang terkandung di dalam phone tersebut. alangkah terkejutnya.....

Dan segala bahan dan foto yang anda saksikan dari artikel ini diperoleh dari phone lelaki durjana tersebut.







Jauhi dari segala maksiat. Kegiatan sebeginilah menjadi punca keretakan rumah tangga


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rCTLbU
via IFTTT

Ini Rupanya Sebab Kenapa Keluarga Selalu Tutup Wajah Julia Perez


SESIAPA yang mengikuti perkembangan kesihatan penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Julia Perez atau mesra disapa Jupe, pasti perasan sudah tiada lagi wajah terbaharu bintang itu dikongsi di laman Instagram sama ada dari akaun miliknya mahupun teman sekelilingnya.

Sekiranya Jupe ada dalam gambar pun, pasti mereka akan menutupi wajah aktres popular itu dengan stiker atau sebagainya.

Malah, media Indonesia juga gagal mendapatkan wajah aktres yang sedang berjuang melawan penyakit kanser pangkal rahim tahap empat itu, semenjak kesihatannya dilaporkan semakin menurun akhir-akhir ini.

Bertambah pelik, muncul dakwaan bahawa setiap kali Jupe dibawa keluar dari bilik wad, wajahnya juga akan ditutupi dengan kain hitam.

Ini Sebab Keluarga Selalu Tutup Wajah Julia Perez

Menjawab persoalan ramai, adik kepada Jupe, Nia Anggia memberitahu, tindakan itu dibuat kerana keluarganya sepakat tidak lagi mendedahkan wajah Jupe.

“Sudah persetujuan keluarga. Kondisinya kan lagi seperti itu, jadi dia juga pernah kata kalau keadaannya kurang baik jangan didedahkan,” kata Nia seperti yang dipetik di portal Kompas!

Dalam pada itu, Nia memberitahu Jupe juga pernah meluahkan rasa sedih melihat keadaan dirinya tempoh hari.

“Pernah, suatu malam, dia bangun, dia sedih lihat keadaannya seperti itu. Dia fikir, seteruk itukah keadaannya. Jadi, kami tidak mahu, kalau dia bangun dia akan tengok lagi foto-foto dia seperti itu dan sedih. Makanya, kami mengambil tindakan sedemikian,” kata Nia lagi.

Selain Nia, ibu kepada Jupe iaitu Sri Wulansih juga menyatakan dia tidak rela sekiranya gambar anak sulungnya itu dalam keadaan kurang baik menjadi tontonan umum.

Terdahulu, media melaporkan tahap kesihatan Jupe semakin kritikal sehinggakan dia sudah mula tidak mengenali teman-teman sekelilingnya dan berhalusinasi.

Kisah Jupe yang kini menerima rawatan di hospital turut mendapat liputan yang meluas di Indonesia. 


Sumber: MYNEWSHUB.CC


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ripXhE
via IFTTT

Lelaki Trauma Diperkosa Tiga Wanita Selama Tiga Hari Berturut-Turut


Seorang lelaki warga Afrika Selatan trauma selepas diperkosa dan diberi dadah beberapa kali dalam masa tiga hari oleh tiga wanita.

Kisah ngeri lelaki berusia 23 tahun itu bermula apabila dia menaiki sebuah teksi di timur Pretoria pada Jumaat - yang turut membawa tiga orang wanita muda di dalamnya.

Teksi berkenaan mula mengubah arah apabila lelaki terbabit diarahkan untuk duduk di bahagian hadapan.

Lelaki itu kemudiannya dicucuk dengan satu bahan yang tidak diketahui sebelum pengsan, lapor TimesLive.

Polis Afrika Selatan, Colette Weilbach berkata: "Dia berkata bahawa dia tersedar dalam sebuah bilik yang mempunyai satu katil berseorangan.

"Suspek wanita dikatakan telah memaksanya meminum air tenaga sebelum bergilir-gilir memperkosa lelaki berkenaan beberapa kali sehari.

"Polis Afrika Selatan mengambil serius semua kes kesalahan seksual tidak mengira jantina.

"Kami ingin memastikan semua mangsa jenayah jenis ini bahawa kami akan membuat penyiasatan secara menyeluruh untuk membawa pesalah ke muka pengadilan."

Selepas tiga hari, mangsa dibuang dalam keadaan separa bogel, yang mana dia berjaya menahan sebuah kereta yang lalu lalang.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qylzxH
via IFTTT

"Macam Ni Ke UiTM Nak Tolong Melayu?" Pengusaha Vending Machine Dakwa Ditipu


Kata orang, bekerja makan gaji memang sukar untuk hidup mewah. Kalau bekerja sendiri, kena caranya memang boleh kaya raya. 

Mungkin terdetik dihati kita untuk memiliki syarikat sendiri suatu hari nanti apabila melihat ramai rakan-rakan sudah menjadi usahawan berjaya. Tetapi jangan cepat berangan dulu, ini kerana untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya bukanlah semudah yang disangka. Kerjaya sebagai seorang usahawan sentiasa dibayangi oleh cabaran dan risiko.

Sebagai contohnya, kisah pengusaha vending machine ini mungkin salah satu cabaran besar yang perlu dihadapi oleh seorang usahawan.

Seperti mana paparan video di bawah ini, pengasas Adamo Vending Supply mendakwa telah ditipu oleh pihak pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas beliau memenangi tender.

Untuk meletak vending machine atau mesin layan diri, pengusaha yang dikenali sebagai Encik. Kabul mendakwa beliau dikehendaki membayar sewa tapak untuk setahun secara sekaligus. Sewa tapak berkenaan adalah berjumlah lebih dari RM42,000 untuk setahun.

Selain cara bayaran sewa tapak yang dikatakan tidak masuk akal, pengusaha terbabit turut terkejut apabila tapak yang telah disewa olehnya sudah ada beberapa vending machine yang lain.

Menurut pengusaha itu lagi, beliau cuba meminta penjelasan dari pihak pengurusan UiTM mengenai vending machine yang berada di tapak yang telah disewa olehnya itu. Namun jawapan yang diberikan oleh kakitangan tersebut sangat mengecewakan.

"Encik Kabul tak payah persoalkan lah mesin itu milik siapa. Itu mesin pensyarah kat sini, under koperasi" kata kakitangan tersebut.

Merasa marah dan tertipu, pengusaha itu menghantar emel aduan dan ingin berjumpa sendiri dengan pihak pengurusan tertinggi untuk berbincang lebih lanjut tentang permasalahan yang dihadapinya. Namun emel yang dihantar tidak mendapat sebarang respon dan pihak pengurusan UiTM tersebut juga seperti tidak mahu berjumpa dengannya.

Lebih menyakitkan hati, bukan sahaja aduannya tidak dilayan malah beliau turut menerima surat notis dari pihak pengurusan UiTM mengarahkan beliau membawa keluar vending machine miliknya yang berada di dalam UiTM tersebut. Mungkin sudah hilang sabar dilayan sedemikian rupa, akhirnya pengusaha terbabit mengambil keputusan untuk mendedahkan tentang masalah yang dihadapinya melalui Facebook Live.

"Saya masuk tender dan saya menang tender. Saya bukan main-main. Tapi kenapa dalam tu ada 5 biji mesin lecturer lain?"

"Ini ke UiTM yang dikatakan nak tolong bangsa Melayu. Tak payahlah, tak payah nak tolong-tolong sangat. Ok lah saya akan keluarkan mesin saya".

Di penghujung video, pengusaha itu juga memberitahu bahawa beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kemungkinan berlakunya gejala "main duit dan main wayang" di kalangan pengurusan UiTM tersebut.

Apapun, cerita sebenar belum dapat dipastikan. Jadi janganlah cepat membuat sebarang andaian. Lebih baik kita tunggu pula penjelasan dari pihak UiTM terbabit. 


Sumber: CARI


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2scgFE1
via IFTTT

Wanita Ini Kongsi Rahsia Sebenar Buat Sos Pencicah Thai, Rupanya Cukup Mudah!


Nak buat sos pun kena ada ‘bakat’ tetapi kalau ikut resepi yang dikongsikan oleh Puan Alawiyyah Hamilludin Nordin ini, pasti anda rasa puas! Untung-untung boleh buat bisnes sebab senang dan rasanya sedap luar biasa! Sesuai dimakan dengan cucur waktu petang-petang ni. Jom tengok bahan apa yang anda perlu sediakan…

Bahan-bahan:

3 Ulas bawang putih dikopek kulit

2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)

1/2 cawan gula pasir

3/4 cawan air

1/4 cawan cuka

1/2 sudu besar (tbsp) garam

1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 susu besar air.
Cara-cara:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.

2. Masak kisasran tersebut dengan api yang sederhana.

3. Bila mula mendidih masukkan cairab tepug jadung dan kacau sehinga tepungnya masask dan kelihatan likat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.

4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Mingguan Wanita


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qxRPRC
via IFTTT

Kuatnya Hati Seorang Isteri !!! Kisah Di Madukan Seawal 1 Bulan Selepas Berkahwin, Semua Hak Di Rampas Oleh Madu..Tapi Apa Yang Jadi Akhirnya Sungguh Tak Di Jangka …


Kuatnya Hati Seorang Isteri !!! Kisah Di Madukan Seawal 1 Bulan Selepas Berkahwin, Semua Hak Di Rampas Oleh Madu..Tapi Apa Yang Jadi Akhirnya Sungguh Tak Di Jangka …

Baca Kisah Di Bawah..





from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rhYXyN
via IFTTT

“Aku Cukup MARAH Tengok Isteri Sedekah RM 50 Kadang² RM 100”. Lelaki Ini TERKEJUT Kehidupan Isterinya Sangat…


Salam, saya nak cerita tentang isteri saya. Isteri saya ini, orangnya biasa-biasa sahaja. Biasa yang bermaksud, biasalah. Haha!

Suatu hari kami pergi ke pasar, isteri aku memang selalulah saya nampak dia sedekah. Cuma pada hari itu, baru saya ternampak nilai yang dia sedekah itu. Dia beri RM50. Jadi, bila berada di dalam kereta, saya pun bertanyalah kenapa dia beri banyak sangat? Entah-entah pakcik itu menipu.

“Menipu atau tidak, itu urusan pakcik itu dengan Allah. Saya cuma mahu membantu sahaja. Kalau betul dia susah, ada anak dan isteri yang kelaparan di rumah, macam mana?” soalnya kembali.

“Tapi kenapa sampai RM50?” saya masih tak puas hati dengan jawapan pertamanya.

“Abang, saya pernah terbaca kalau kita nak menderma, latih diri ini beri duit yang paling besar dalam purse,” jawabnya.

Saya masih tidak berpuas hati tetapi mendiamkan diri sebab tidak mahu bergaduh dengannya.

Tetapi sejak dari itu, saya akan perhatikan bila dia menderma. Kadang-kadang RM50, pernah juga RM100, RM5 pun pernah. Lepas itu, memang saya buka dompet dia senyap-senyap, memang tinggal seringgit saja pun.

Isteri saya ini cikgu, sekolah asrama. Budak-budak selalulah nak pinjam duit. Kadang-kadang ketuk pintu rumah sebab nak pinjam duit, dia pun bagi saja. Saya macam biasalah, bising.

“Kalau budak tak pulangkan macam mana?”

“Biarlah, kita tolong anak orang, nanti minta-minta anak kita pun orang tolong,” jawabnya.

Yang saya sedar tentang isteri saya ini, rezeki dia sangat murah. Gaji dia tak adalah besar mana tetapi sentiasa cukup. Cukup nak bagi pada mak, ayah, adik-adik dan atok. Duit belanja rumah pun dia selalu tolong bayar walaupun saya kata tak payah.

Pernah sekali itu kami belanja agak banyak pada bulan itu. Tup-tup dia dapat bonus banyak.

Alhamdulillah. Tetapi duit itu pun dia belanja untuk orang. Diri sendiri tak. Urusan dia juga Allah permudahkan.

Dia pun sedar tentang perkara ini. Kadang-kadnag dia menangis, dia kata Allah sayangkan dia tetapi kenapa dia selalu dustakan nikmat yang Allah beri. Solat kadang-kadang lambat, mengaji sehari sekali saja. Tetapi Allah tetap permudahkan.

Saya fail sikit bila perempuan menangis. Cuma saya cakap,

“Tak apa, mari kita sama-sama cuba memperbaiki diri kita. Allah nampak usaha kita, Allah tahu kita berusaha dalam diri kita. Manusia hanya akan tengok hasil tetapi Allah tengok usaha kita,”

Kesimpulannya:

Jangan berkira dalam bersedekah, inshaAllah rezeki anda akan murah

Jangan pernah menghakimi orang, mungkin di mata manusia dia tidak alim tetapi ada amal baik dia yang kita tidak tahu

Sayangi isteri anda, insan yang sentiasa ada sewaktu anda terjatuh tergolek, terkangkang. Hargai pengorbanan mereka. Kalau rasa isteri anda tak cukup bagus, tengoklah cermin dulu. Kalau rasa diri itu memang sudah bagus, ubahlah isteri menjadi seperti diri anda.

Itu saja. Sekian – Amin


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qzeetH
via IFTTT

Ramai Yang Salah Faham! “Saya Cuma Tukar Agama, Bukan Tukar Bangsa” - Sophea


Kes adik Sophea ini (panggilan untuk dirinya) sebenarnya sudah banyak berlaku bagi mereka yang mahu bertukar agama dari agama lain untuk masuk ke agama Islam. 

Ramai yang salah faham bahawa seorang individu yang beragama lain apabila mereka mahu masuk dan memeluk agama Islam, mereka perlulah menukarkan nama mereka kepada nama Islam dan nama Arab seperti Fatimah, Saleha, Farid,Ridzuan,Nurul dan lain-lain.


Ia juga berlaku kepada adik Ng Pooi Kheng. Dia di katakan sudah berkali-kali di tanya orang lain, kenapa tidak di tukarkan namanya kepada Islam. Balas adik ini dengan jujur, jika bertukar ke agama Islam, tidak wajib untuk menukar nama dan boleh kekalkan nama asal seperti nama Cina.




from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qyVkmO
via IFTTT

Petua Mengatasi Saluran Darah Tersumbat..Amalkan Ini Sebelum Menjadi Lebih Teruk Lagi..


Sakit jantung adalah salah satu penyakit yang amat digeruni oleh semua orang di dunia. Tanda awal sakit jantung boleh dikesan melalui pelbagai gejala dan sebab.

Salah satu daripada gejala sakit jantung adalah melalui arteri tersumbat mungkin akibat kolestrol dan sekiranya pembuluh darah tersumbat ia akan menyebabkan beberapa kesakitan yang akan dirasai oleh seseorang itu.

Antara ciri-ciri penyakit jantung di peringkat awal adalah seperti merasa letih, sesak nafas, sakit kepala, merasa cemas, sakit dada, denyutan jantung tidak teratur dan banyak lagi.

Selalunya punca utama terjadinya penyakit jantung melalui pembuluh darah atau arteri yang tersumbat adalah akibat lemak dan beberapa sebab lain. Sebelum terjadinya saluran darah tersumbat dengan lebih teruk, anda harus mengatasinya supaya ianya tidak akan menjadi penyakit jantung yang kronik.

Satu perkongsian yang amat bermanfaat yang dikongsikan oleh laman Usihat berkaitan dengan satu petua supaya arteri tidak tersumbat. Setelah diamalkan beberapa minggu individu berkenaan yang mempunyai penyakit dalaman mendapati ada perubahan yang positif dalam dirinya. Kesakitan dan rasa berat pada tengkuknya telah hilang begitu sahaja.

Berikutnya adalah petua yang dikongsikan untuk mengelakkan dari terjadinya saluran darah tersumbat.

Petua Menghilangkan Saluran Darah Tersumbat

Bahan-bahan

  • 1 cawan jus lemon
  • 1 cawan jus bawang putih
  • 1 cawan jus halia
  • 1 cawan cuka epal

Cara penyediaannya

Campurkan semua jus dan cuka epal, kemudian dimasak secara perlahan-lahan sehingga tinggal 3 cawan.

Minum 3 sudu dicampurkan dengan madu pada setiap pagi.

Semoga petua yang dikongsikan ini akan memberi banyak manfaat untuk semua yang memerlukannya.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rSwe6c
via IFTTT

Banyak Produk Yang Gunakan Nama MELAYU Dan ISLAM Semata-Mata Untuk Melariskan Jualan..


KUALA LUMPUR 30 Mei - Lebih 40 aduan diterima oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai produk dan jenama yang menggunakan nama Melayu atau Islam untuk melariskan barangan mereka.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kebanyakan istilah yang digunakan itu membawa kekeliruan kepada pengguna kerana status jenama produk berkenaan diragui.

Berikutan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK) untuk mencari kaedah baharu dalam menangani isu tersebut.

“Mungkin pihak yang bertanggungjawab boleh mengeluarkan arahan kepada pengeluar produk menggunakan pengkelasan atau label untuk spesifikasikan produk sama ada ia dikeluarkan oleh syarikat Muslim atau tidak.

“Jadi, jika status produk tersebut sudah diketahui, ia terpulang kepada pengguna pula sama ada untuk membeli barangan tersebut atau tidak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Nadzim, penggunaan jenama produk tersebut juga tidak sejajar dengan aspek perbahasaan halal yang tertakluk pada Akta Perihal Dagangan.

“Dalam aspek ini, jenama produk seharusnya tidak menjurus kepada membayangkan bahawa produk itu halal.

“Status jenama produk seharusnya diperjelaskan supaya tidak memberi maksud yang tidak benar,” ujarnya.

Sehubungan itu, PPIM juga akan membuat semakan dengan SSM untuk memberi maklumat yang benar mengenai produk yang menimbulkan kekeliruan kepada para pengguna.

“Sesetengah pengguna Islam amat prihatin terhadap apa yang mereka makan.

“Jadi, sebarang aduan yang diterima mengenai kekeliruan status produk atau jenama akan terus dirujuk kepada SSM untuk semakan,” ujarnya. 

Sumber: UTUSAN ONLINE


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2r99DBj
via IFTTT

Minum Minuman Ini Ketika Sahur Untuk Kekal Kenyang Selama 19 Jam


Banyak kelebihan kurma yang kita semua tahu. Disebabkan itu juga, kurma menjadi sunnah ketika berbuka.


Dengan mendahulukan kurma ketika berbuka, ia dapat meningkatkan tenaga dalam masa 30 minit selepas memakannya. Malah, jus kurma susu juga dikatakan mampu membuatkan kita rasa kenyang hingga 19 jam lamanya. Menariknya, penyediaan kurma susu juga tak susah dan juga mudah.







Dipetik daripada website 7 Alami, berikut adalah khasiat jus kurma susu:


Untuk mereka yang baru mula belajar berpuasa, jus kurma susu ini juga sangat digalakkan untuk dicuba.

Sumber: ERA fm


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sjEt84
via IFTTT

Viral Polis Trafik Terima Rasuah

FOTO diambil daripada rakaman video yang viral di media sosial menunjukkan seorang anggota polis trafik dilihat bersalaman, dipercayai menerima suapan daripada seorang pemandu lelaki ketika menjalankan tugas. 

IPOH: Polis Perak akan menyiasat anggota trafik dipercayai menerima rasuah berdasarkan rakaman video, yang viral di media sosial sejak semalam. 

Dalam video berdurasi enam saat itu, seorang anggota polis trafik dilihat bersalaman, dipercayai menerima suapan daripada seorang pemandu lelaki ketika menjalankan tugas. 

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang menjalankan siasatan terperinci. 

"Polis Perak tidak akan berkompromi dengan isu integriti (anggota polis) dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap anggota berkenaan jika didapati melanggar peraturan tugas," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Sumber: Berita Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sjwp77
via IFTTT

AMARAN KERAS!! Malaikat Tidak Akan Masuk Ke Rumah Yang Mempunyai 4 Perkara Ini.


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Kebanyakkan di rumah-rumah orang Islam masih terdapat di dinding-dinding rumah mereka tergantung gambar-gambar manusia samaada tuan rumah sendiri atau ahli keluarganya. Atau pun gambar-gambar binatang menghiasi dinding rumah mereka sebagai perhiasan. Tidak kurang juga kita dapati ada sebahagian mereka yang menjadikan patung-patung binatang sebagai koleksi perhiasan yang diletakkan dialmari perhiasan sebagai hobi tuan rumah.

Adakah amalan seperti ini dilarang atau dibenarkan? Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa malaikat tidak masuk kerumah orang yang ada:

Pertama : Gambar

Kedua : Patung

Ketiga : Anjing

Keempat : Orang yang junub.

Huraiannya :

Pertama : Gambar.

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan binatang.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar yang bernyawa di rumah-rumah mereka, seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut.

Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk bunga, pohon pokok, kapal, rumah, ayat Al-Quran, kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Orang yang paling mendapat seksa pada hari kiamat adalah para pembuat gambar (pelukis/pengukir).” (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian (al-Libas), 5959. Muslim dalam bab yang sama, 2109)

Dalam hadis Nabi SAW yang lain bermaksud : Dari ‘Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang.

Berkata ‘Aisyah: “Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku?

Rasulullah SAW kembali bertanya: “Bantal-bantal apakah itu?”

Jawab ‘Aisyah, “Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: “Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!”

Kemudian baginda bersabda: “Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.”

(Hadis Riwayat Muslim).

Daripada Ibnu Abbas, Aku mendengar Muhammad berkata, ‘Barang siapa membuat gambar di dunia ini, dia akan dipersoalkan serta diminta supaya memberikan nyawa kepada apa yang dilukiskannya pada hari kiamat nanti, tetapi dia tidak akan mampu melakukannya. (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab Pakaian (7/72), no. 846)

Kedua : Patung :

Dalam hadis yang lain menyatakan. Dari Abu Talha meriwayatkan, katanya, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau patung. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan, no. 5250).

Patung manusia atau patung haiwan diharamkan dijadikan barang perhiasan diletakkan di dalam atau atas almari. Malaikat rahmat tidak akan masuk rumah di dalamnya terdapat patung makhluk bernyawa. Tetapi patung mainan kanak-kanak diharuskan (patung mainan tersebut setelah digunakan kanak-kanak hendaklah disimpan dikotak permaian bukannya dipamerkan) berdasarkan hadis riwayat Aisyah.

Dari Aisyah Radiyallahu anha (r.anha) ia berkata: Saya biasa bermain boneka (anak patung) di sisi Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam dan saya mempunyai beberapa orang teman yang bermain bersama saya. Maka jika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam masuk, mereka menutupinya dari baginda lalu berjalan sembunyi-sembunyi dan bermain bersama saya. (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab al-Adab Bab al-Inbisaath ilaa an-Naas, Fath 10/526 dan Muslim kitab Fadhail ash-Shahabah Bab fii Fadhail Aisyah, an-Nawawi, 15/203 dan 204)

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam Fathul Bari tentang hadis ini, Hadis ini dijadikan dalil bolehnya boneka dan mainan untuk bermain (mendidik) anak perempuan, dan sebagai pengkhususan dari keumuman larangan mengambil gambar. Iyadl juga menetapkan yang demikian dan ia menukil dari jumhur, bahawasanya mereka membolehkan boneka atau mainan ini untuk melatih dan mendidik anak-anak perempuan agar mengenal bagaimana mengatur rumah-tangga dan merawat anak-anak nantinya.

Ketiga : Anjing

Suatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu, Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing. (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/54), no. 450)

Aisyah menyatakan bahawa Jibril (alaihis salam) berjanji dengan Rasulullah SAW untuk menemuinya pada masa yang telah ditetapkan, namun pada masa yang tersebut, dia (Jibril) tidak datang. Kemudiannya Nabi mencampakkan tongkat di tangannya dan berkata, Tidak pernah Allah dan utusannya (Malaikat Jibril) memungkiri janji. Kemudian Nabi terlihat dan menemui anak anjing di bawah katil dan berkata, Aisyah, bila anjing ini masuk ke sini? Dan beliau (Aisyah) menjawab, Demi Allah, saya tidak tahu. Kemudiannya Nabi mengarahkan dan anjing itu pun dikeluarkan. Tidak lama selepas itu, Jibril pun datang dan Rasulullah berkata kepadanya, Engkau berjanji kepada saya dan saya menantikan engkau, tetapi engkau tidak datang-datang. Jibril pun menyatakan, Di dalam rumah-mu ada anjing, di mana ia menghalang (saya untuk masuk), untuk kami (malaikat) tidak masuk rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Pakaian & Perhiasan (24), no. 5246)

Menurut Dr. Yusuf AlQaradawi di dalam. bukunya Halal dan Haram Dalam Islam pula menjelaskannya begin; Memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada suatu keperluan, termasuk perkara yang dilarang oleh Nabi SAW. Alasannya, dengan membenarkan anjing berkeliaran di dalam rumah dibimbangkan akan tertinggalnya najis pads bekas minuman kesan dari jilatan anjing tersebut.

Sebahagian ulama berpendapat, hikmah dilarang memelihara anjing di rumah adalah; kalau anjing itu menyalak akan menakutkan tetamu yang datang, menyebabkan orang lari dan mengganggu orang yang sedang lalu lalang.

Pun begitu, Al-Qaradawi menjelaskan, anjing yang dipelihara kerana ada kepentingan seperti untuk berburu, menjaga tanaman dan ternakan dikecualikan. Larangan memelihara anjing hukumnya makruh bukannya haram. Kalau sesuatu yang hukumnya haram maka ia sama sekali tidak boleh dilakukan langsung sama ada pahalanya berkurangan atau tidak.

Keempat : Orang yang junub.

Dari Aisyah r.ha bahawasanya apabila Rasulullah SAW hendak tidur dalam keadaan junub, maka baginda berwuduk seperti wuduk untuk solat. Dan apabila baginda hendak makan atau minum dalam keadaan junub, maka baginda mencuci kedua tangannya kemudian baginda makan dan minum. (Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad)
Adalah menjadi adab yang lazim bagi seseorang Islam yg beriman itu, jika boleh hendaklah dia tidur dengan berwuduk, kerana orang yang sentiasa berwuduk itu mendapat pahala. Adalah menjadi kebiasaan juga di kalangan orang Islam , setelah berijimak dengan isterinya, suami dan isteri terus tidur atau tertidur kerana keletihan.

As-Sunnah megajarkan kita bahawa selepas berjimak, jika tidak mahu di segerakan mandi junub , seboleh-bolehnya membasuh kemaluan dan hendaklah berwuduk, kemudian barulah tidur.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita amalkan hadis tersebut supaya kita tidak melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT hingga menyebabkan malaikat rahmat tidak datang kerumah kita sebagiaman hadis di atas.

Apakah kesan jika malaikat rahmat tidak datang? Kesannya rumah tersebut tidak ada keberkatan dan syaitan laknatullah bermaharajalela menggoda penghuni rumah tersebut. Jiwa tuan rumah dan ahli keluarganya tidak wujud ketenangan kerana tidak ada malaikat rahmat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan tuan rumah dan dan ahli keluarganya . Malaikat rahmat juga mendorong hati dan jiwa orag mukimin untuk bertakwa dan untuk beramal soleh.

1001 Sirah Nabi Muhammad

Sumber: Suara Media


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2riMuwI
via IFTTT