Saturday, 18 February 2017

MESTI TAHU!! Cara Kesan Rahim Jatuh, Jom Check Sendiri!



Oleh:Intan Rohaizat
Sebenarnya ramai wanita yang tidak perasan rahim mereka jatuh atau peranakan rendah. Situasi ini sering terjadi kepada wanita yang pernah melahirkan anak. Namun ada juga anak dara dan wanita yang belum bersalin mengalami masalah rahim jatuh.

Perkara ini mungkin disebabkan tabiat mengangkat barang berat, tidak berpantang, sembelit, otot vagina longgar dan dinding rahim tidak kuat. Jangan ambil mudah soal ini kerana ia boleh menyebabkan rahim jatuh sehingga terkeluar dari vagina atau lebih dikenali sebagai tombong. Jom semak tanda rahim jatuh dan cara mengesannya.

Tanda-tanda rahim jatuh
1. Rasa berat di sekitar ari-ari.
2. Sukar mengawal kencing terutama ketika bersin dan batuk.
3. Kencing tidak lawas.
4. Senak atau sakit ketika bersama suami.
5. Sakit pinggang yang berpanjangan.
6. Sakit tumit.
7. Paha dan betis rasa kebas.
8. Rasa badan seram sejuk seperti nak demam terutama selepas asar.
9. Perut rasa sebu dan tidak selesa.


Cara kesan rahim jatuh

Kita boleh periksa sendiri di rumah untuk mengetahui sama ada rahim kita jatuh atau tidak. Ikuti langkah ini, jika anda mengalami masalah rahim jatuh segera dapatkan nasihat pakar puan. Ada juga yang merawat dalaman dengan kepakaran bidan kampung, pastikan yang bertauliah ye.

1. Dalam keadaan baring, tekan ibu jari di pusat. Jika berdenyut, itu tandanya rahim berada di kedudukan yang betul.
2. Duduk mencangkung, kemudian masukkan jari ke dalam vagina. Jika jari dapat menyentuh objek lembut yang bulat dengan mudah, itu ertinya peranakan anda rendah. Jika mahukan kepastian, anda boleh gunakan cermin untuk melihatnya. Jika ada daging yang terkeluar, anda perlu segera bertemu doktor untuk merawatnya.

3. Berbaring, kemudian urut perut dengan minyak kelapa atau minyak zaitun. Kemudian rasa di bahagian tundun, jika ada benjolan kecil. Itu tandanya rahim anda jatuh.



from :) http://ift.tt/2kAvsIf
via Mudahnya Memasak Di Dapur