Thursday, 23 February 2017

Lima Murid Darjah 1 di Seremban Dijangkiti Virus H1N1


Seremban, 23 Feb - Seramai lima murid tahun satu Sekolah Rendah Islam (SRI) Seremban disini disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1) petang tadi, lapor portal Utusan Online.

Difahamkan, kanak-kanak itu didapati positif dengan viral tersebut selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini akibat demam.

Dua daripada kanak-kanak itu kini dirawat di hospital manakala tiga lagi dipantau di rumah masing-masing.

Sementara itu, pihak sekolah menerusi satu memo kepada ibu bapa memberitahu murid lain yang mengalami demam tidak dibenarkan hadir ke sekolah dan diminta berehat di rumah.


Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRI Seremban, Nordaniel Hamzah ketika dihubungi mengesahkan memo itu dikeluarkan oleh pihak sekolah.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali memaklumkan pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut.

"Saya ada mendengar tentang kes itu dan pihak kami sedang mendapatkan pengesahan mengenainya kerana kes berkenaan dikendalikan hospital swasta.

"Baru-baru ini satu kes H1N1 turut dilaporkan berlaku di Jempol, bagaimanapun secara umumnya H1N1 di Negeri Sembilan masih terkawal," katanya.

Sumber: Siakap Keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lwTcMw
via IFTTT