Jember: Polis menangkap seorang penjual daging dan rakannya kerana menjual daging lembu dicampur dengan daging babi hutan di sebuah pasar di Jenggawah, daerah Ajung di sini, semalam.
Menurut Kompas, Ketua Polis Jenggawah, Udik Budiarso, berkata sepasukan anggota polis menyerbu kedai menjual daging lembu itu dan menahan pemiliknya dikenali sebagai Hasan, 53.
Katanya, polis juga menahan seorang lelaki dikenali sebagai Abu Nimin, 55, yang membekalkan daging babi hutan kepada Hasan.
“Kami mula menyiasat lelaki ini selepas orang ramai mengadu suspek menjual daging lembu yang harganya lebih murah berbanding peniaga lain.
“Selepas membuat risikan dan siasatan, kami berjaya menangkap pemilik kedai ini dan pembekal daging babi hutan itu,” katanya.
Menurutnya, beberapa daging babi hutan yang digantung di kedai lelaki itu untuk dijual sebagai daging lembu, dirampas.
Sementara itu, Hasan berkata, dia sudah setahun menjual daging babi hutan dengan membeli daripada Abu, 55, pada harga murah.
“Saya sebelum ini menjual daging lembu sepenuhnya namun untung sedikit kerana kerana harganya mahal.
“Saya mengambil keputusan mencampur daging babi hutan kerana harganya lebih murah dan mendapat keuntungan berlipat ganda,” jelasnya.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lrNSd3
via IFTTT