Tuesday, 28 February 2017
Lelaki Ini Buat Toner Untuk Maknya Bebas Daripada Jeragat. Anda Yang Umur 35 Ke Atas Patut Cuba!
Kalau anda salah seorang daripada orang yang ada masalah jeragat, pasti anda tahu betapa payahnya nak berdepan masalah kulit ini. Lebih-lebih lagi kalau anda yang mempunyai kulit cerah, boleh hilang keyakinan andai tak dirawat, silap-silap kulit tampak lebih gelap dari biasa.
Mungkin ada yang sudah mencuba dan sanggup habis duit beribu-ribu demi menghapuskan jeragat. Jenuh cuba pelbagai produk tetapi tetap tiada kesannya! Tetapi tahukah anda, hanya dengan menggunakan bahan dapur, masalah jeragat juga boleh hilang?
Ok untuk tahu lebih jelas, baca perkongsian Herry Rozular ini...
Malam ni nak buat toner kat mak kita. Jeragat ni memang benda biasa bila dah umur 35 ke atas. Orang kulit normal pun boleh amalkan cuma tak payah letak limau nipis tu je. Ni salah satu daripada resepi kulit cantik pakai bahan semula jadi yang saya upkan hari tu.
1. Ni botol beli dekat daiso. Tak ada daiso beli je la botol-botol macam ni dalam watson atau guardian.
2. Ni je bahannya. Depend saiz botol macam mana. Kalau kecil, timun itu potong dua.
3. Blend je timun tadi.
Dah siap tu tapis pastu letak limau nipis. Limau nipis ni untuk orang berjeragat. Kalau normal cukup je dengan timun tadi. Nak best lagi letak dalam peti sejuk. Nanti spray memang rasa segar!
Moga bermanfaat buat anda...
sumber
from :) http://ift.tt/2lPpFh2
via Mudahnya Memasak Di Dapur